|
Judul : 9 Nyawa Pengarang : Ramlee Awang Murshid Penerbit : Alaf 21 SDN BHD Genre : Novel Mukasurat : 519 halaman Cetakan Pertama : 2010 ISBN : 9789831244876
Intan Suryani
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula...menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa bedasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah 'nyawa' yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya...ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.
Hakim
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik dengan keikhlasannya. Anugerah Tuhan... mata hatinya lebih 'celik'. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati.
Mereka berdua bertemu jua...di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul-mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?
|