|
Judul : Aku Datang Penyelenggara: Rozlan Mohamed Noor & Wan Faizahtul Hilir Rasak Yasak Penerbit : Utusan Publications & Distributors Genre : Kumpulan Cerpen Remaja Mukasurat : 115 halaman Cetakan Pertama : 2011 ISBN : 9789676125354
Himpunan 9 buah cerpen remaja yang telah melalui proses saringan rinci Panel Penyaring Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010. Menampilkan hasil karya pengarang generasi baharu dan mapan.
Karya-karya yang disajikan dalam antologi ini memilih subjek yang lebih serius, sama ada mengangkat permasalahan yang berlaku dalam negara mahupun persoalan yang lebih bersifat global. Persoalan perpaduan, budaya, tradisi dan sejarah turut menjadi pilihan pengarang. Dengan nafas baharu, persoalan itu berupaya memberi manfaat kepada khalayak pembaca khususnya remaja.
Cerpen "Aku Datang" yang dipilih sebagai judul antologi ini mengemukakan subjek penyempurnaan akhlak, iaitu tentang keinsafan manusia yang pernah sesat dan berjaya kembali semula ke pangkal jalan.
Kandungan
Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen Remaja dan Novel Remaja
Senarai Cerpen Remaja
1: Siapa Haram - Ummu Hani Abu Hassan 2: Setulus Cinta Muaddib - Husna Nazri 3: Kala Hujan Ini - Nur Adilla Abd Rahim 4: Periaku untuk Ibu Pertiwi - Mohd Ali Bin Salim 5: Mimpi Budak Bola - Illias Zaidi 6: Aku Datang - Aminhad 7: Gulai Sembilang untuk Abah - Fauziah Mohd Ismail 8: Estet dan Kuarters Batu 13 - Zainal Rashid Ahmad 9: Bunga Telur Kenduri Kahwin - Mohd Helmi Ahmad
|