|
Judul : Brontok Pengarang : Norbi Husin Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Motivasi Mukasurat : 386 halaman Cetakan Pertama : 2008 ISBN : 978967612141x
PENDAHULUAN
Konsep penulisan Brontok masih sama seperti buku-buku saya sebelumnya iaitu merakamkan pengalaman saya dalam bidang kerjaya yang amat saya cintai ini. Jika buku pertama saya (berjudul Asam Pedas Gula Melaka) merakamkan pengalaman saya semasa memegang jawatan pengetua sekolah dan buku kedua pula (berjudul Gurukah Aku Atau...?) merakamkan pengalaman saya semasa menjadi pelajar dan kemudian menjadi guru, Brontok pula merakamkan pengalaman saya semasa bertugas sebagai Ketua Sektor Pengurusan Akademik di Jabatan Pelajaran Negeri.
Sebagai Ketua Sektor Pengurusan Akademik di JPN, tanggungjawab saya amat besar. Selain daripada menjayakan setiap dasar Kementerian Pelajaran, saya juga bertanggungjawab memastikan setiap projek kementerian yang diturunkan ke sekolah-sekolah dapat dilaksanakan oleh warga sekolah dengan jayanya.
Bagi menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), semua pentadbir dan guru seharusnya dapat menterjemahkan PIPP ini dalam bentuk program dan aktiviti pendidikan di peringkat sekolah. Lantaran itu kami kerap membuat pemantauan dan penyeliaan ke sekolah bagi memastikan PIPP difahami, dihayati dan dilaksanakan.
Melalui pemantauan dan penyeliaan yang dibuat di sekolah, saya dapat melihat bagaimana pentadbir sekolah mengurus sekolah dan guru-guru mendidik pelajar.
Memang banyak yang dapat dilihat. Ada yang boleh dijadikan contoh dan ada juga sebaliknya. Daripada sinilah timbulnya ilham saya untuk melahirkan Brontok.
Brontok ditulis dalam bentuk cerita pendek atau episod yang dipetik daripada sesuatu peristiwa yang dilihat. Semua cerita dan episod yang ditulis disusun mengikut kronologi agar pembaca dapat mengikuti ceritanya dari awal hingga ke akhirnya. Oleh sebab itu setiap cerita ada kaitan antara satu sama lain.
Saya berharap Brontok dapat menyuntik semangat pembaca dan melalui cerita dan episod yang dirakamkan boleh dijadikan iktibar.
"Satu perjalanan yang jauh dan lama seharusnya menem-puh pelbagai dugaan dan untuk sampai ke garisan penamat, kita haruslah kuat dan tabah menghadapinya."
ISI
Pendahuluan Penghargaan 1. Malas ke Pejabat 2. RiakWajah 3. Pegawai Macam Guru Pula! 4. Mula seronok Bekerja 5. Bodoh Sombong 6. Menelan Sebili Pil 7. Hang Tuah Apanya? 8. Kuat Melawan! 9. Apakah Maksud Senyumannya? 10. Kerajaan Kita Ni Baik! 11. Serta Merta Pening Hilang 12. Macam Belalang 13. Jangan Mengajar Itik Berenang 14. Mintanya Macam-macam 15. Tiga S 16. Cerita 40 Tahun Dahulu 17. Saya Menceceh Terus... 18. Anak Bujang 19. Tak Sabar Rasanya Menunggu! 20. Benda Yang Lain Tu Apa? 21. Kasihan Ami an 22. Siapakah yang Bermasalah? 23. Wanita Melayu Itu 24. Naik Tocang 25. Mudahkan Orang Bawah Bekerja 26. Rembatlah 27. Murid Separuh Botak 28. Kejutan Rahmat! 29. Degup Jantung Bertambah Kencang 30. Saya Pun Salah Juga 31. Lemau 32. APC dan Air Mata 33. Sebiji Kek 34. Seksanya Pagi Itu 35. Mana Cukup Cek Oi! 36. Cermin Kecil 37. Mereka-reka Cerita! 38. Kerana Head-Count! 39. Pi Mai Pi Mai Tang Tu Juga! 40. Wajah-wajah Yang Dirindui! 41. Saya Sudah Tidak Siuman? 42. Siapalah Yang Tidur Itu! 43. Kasihan Pemandu! 44. Baru Ummp! 59. Mematikan Soalannya! 60. Siapa Majikan Kamu? 61. Apa Pula Fokusnya? 62. Tak Sampai Hati Melihatnya... 63. Kalau Marah Terserahlah... 64. Yang Mana Satu? 65. Maharaja Bogel 66. Bengang Saya Dibuatnya 67. Tidak Ada Dalam Perlumbaan! 68. Geram 69. Adegan 70. Pengalaman Baru! 71. Menghitung Hari 72. Tuan Sulit! 73. Teringat Encik Telus! 74. Bertuah Mendapat Anak-anak Begini! 75. Pening Lalat 76. Teringat Cerita Nujum Pak Belalang 77. Saya Macam Nak... 78. Banyak Pantang Larangnya! 79. Tukar Lagi? 80. Asyik Tertangguh 81. Rezeki! 82. Ego 83. Seronok Berbual dengan KPPM! 84. Bercuti Di Bukit Tinggi 85. SMS 86. Lega 87. Macam Mana Jadi Cikgu Kalau Macam Ni? 88. Quran Buruk 89. Dua Alam 90. Doa 91. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) 92. Kebencian yang Mendalam 93. Orang Atas Orang Bawah 94. Puas 95. Brontok 96. Cakap Serupa Bikin 97. Bergaya Habis 98. Terkenang 99. Mahukan Perhatian 100. Ucapan Sempena Majlis Send-off (Sedutan Ucapan) 101. Keberangkatan 102. Rembulan yang Pergi
Biodata
|