|
Judul : Daerah Beta Pengarang : Azizi Haji Abdullah Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka Genre : Novel Mukasurat : 394 halaman Cetakan Pertama : 2009 ISBN : 9789834603465
Ketenangan perkampungan baharu ini mula tergugat. Kematian misteri penduduk kampung semacam mangsa pembunuhan bersiri. Malah bayi dalam kandungan juga menderita; lahir tidak cukup bulan atau lahir dalam kecacatan. Dalam tertanya-tanya, penduduk kampung dikejutkan dengan tunjuk perasaan penduduk kampung sebelah pada suatu tengah malam.
"Kami bantah!!!"jerit kumpulan di sebelah kiri. "Kami bantah!!!"jerit kumpulan di sebelah kanan. Tiba-tiba dalam tempik sorak itu, meriam air dari kereta perisai polis memuntahkan pelurunya. Nampak air berwarna kekuningan mendesah bercabang-cabang, menyembur kumpulan yang hendak mara merempuh benteng anggota polis antirusuhan itu.
Mengapa tunjuk perasaan itu berlaku? Apa sebenarnya yang dibantah oleh mereka? "Daerah Beta" bukan sebarang daerah, ia daerah yang menentukan hidup mati, maruah dan harga diri rakyat yang bertarung dengan kerenah penguasa dan birokrat atas nama pemodenan dan pembangunan.
|