Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
USIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Pendidikan
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Rindu Ibu - Versi Santai
Busana Melayu Melaka Warisan Bangsa
Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan
Glosari Seni : Istilah Kesenian Melayu
Busana Melayu Serumpun
A-Z Sulam Jarum
Sejarah Bahasa Melayu
Seni Jahitan Pakaian Kanak-kanak
Cinta Fansuri
Dari Salina ke Langit Petang
>Koleksi / Direktori Penulis>Habiburrahman El Shirazy

Dalam Mihrab Cinta

Dalam Mihrab Cinta
Judul : Dalam Mihrab Cinta
Harga :
RM25.90
Nombor siri : 4456117
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Dalam Mihrab Cinta
Pengarang : Habiburrahman El Shirazy
Penerbit : Al-Risalah Product Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 421 halaman
Cetakan Pertama:  2007
ISBN : 9789832672500


Sinopsis :

Siang itu, Pondok Al-Furqan yang terletak di daerah Pagu, Kediri, Jawa Tengah dikejutkan oleh satu peristiwa. Pengurus Bahagian Keamanan mengheret seorang santri yang disyaki mencuri. Beberapa orang santri langsung membelasah santri berambut gondrong itu. Santri itu berteriak kesakitan dan memohon supaya tidak dibelasah.

"Ampun, tolong jangan pukul saya. Sava tidak mencuri!" Santri yang wajahnya sudah berdarah itu disertai raut wajah meminta belas kasihan.

"Cepat mengaku. Kalau tidak pasti kupecahkan kepalamu!" Teriak seorang Santri yang bersongkok, hitam dengan wajah amat geram.

"Sungguh, bukan saya yang mencuri." Si Rambut Gondrong itu tetap tidak mahu mengaku perbuatan mencuri.

Dengan serta-merta, dua tumbukan melayang ke wajahnya. "Rasakan ini pencuri!" Teriak Kepala Bahagian Keamanan yang turut melayangkan pukulan. Si Rambut Gondrong mengeluh lalu pengsan.

Menjelang Asar, si Rambut Gondrong itu sedarkan diri. Dia ditahan dalam satu gudang pondok yang dijaga beberapa orang santri. Kedua tangan dan kakinya diikat. Air matanya berlinangan. Dia meratapi nasibnya. Seluruh tubuhnya terasa kesakitan. Dia merasa kematian sudah di depan mata.

Di luar gudang para santri ramai berkerumun. Mereka berteriak dalam marah dan geram.

"Pencuri jangan diberi kata maaf!"

"Belasah saja pencuri gondrong ini sampai mati!"

"Pencuri tidak sepatutnya mengaku sebagai santri. Ini kurang ajar. Tidak ada kata maaf"

Dia menangis mendengar semua itu. Sepuluh minit kemudian pintu gudang terbuka. Dia amat ketakutan. Tanpa dia sedari, die terkencing dalam seluarnya kerana takut yang teramat sangat. Para santri yang didera marah meluap hendak menerobos masuk ke dalam gudang. Tapi kepala kampung di kawasan Pondok melarang mereka dengan sedaya upaya. Pimpinan pondok kemudian masuk dengan wajah yang gementar menyaksikan kejadian ilu.

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2010. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us