Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
USIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Pendidikan
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Kekasih Sam Po Bo
Karbala
Manikam Kalbu
Kait Jarum Satu
Nama Beta Sultan Alauddin
Saasatul Ibaad
Seni Jahitan Pakaian Kanak-kanak
Kait Jarum Dua
>Koleksi / Direktori Penulis>Nisah Haji Haron

Lentera Mustika

Lentera Mustika
Judul : Lentera Mustika
Harga :
RM18.00
Nombor siri : 2342218
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Lentera Mustika
Pengarang : Nisah Haron
Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 416 halaman
Cetakan Pertama : 2009
ISBN : 9789833892433

Jika ingin mendapatkan tandatangan penulis, sila maklumkan menggunakan e-mel setelah membuat pesanan.

Novel Nisah Haron, yang bercerita tentang Profesor Madya Dr. Ainur Mustika, wanita elit yang mengharapkan nyalaan lentera cinta dalam hatinya.

Dia mengakui, tidak lengkap hidupnya tanpa suami di sisi, namun pada sisi lain hatinya, dia bertanya adakah ia benar kini? Pada saat cinta semakin mendekat, hatinya pula semakin berkicau dengan pertanyaan-pertanyaan apakah akhir sebuah cinta, dan bermulalah dilema Ainur Mustika.

Novel yang beralur manis, digarap dengan diksi yang bertenaga, disambung-sambung rangkaian kata-kata dinamik, dan jauh ke dasarnya, memberikan pembelajaran tentang cinta dan teladan.


Testimonial pembaca :

Kesederhanaan perwatakan yang dimiliki Ainur Mustika begitu memikat dan seharusnya dijadikan contoh oleh wanita dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan ketidakpastian. Percintaan Ainur Mustika dan Emir Johan sentiasa menghangatkan perjalanan novel ini kerana kasih sayang mereka yang begitu mendalam di antara satu sama lain. Lentera Mustika ini juga banyak memberi informasi  berkenaan  dunia sastera Melayu yang semakin seharusnya dijaga dan dipupuk agar tidak pupus ditelan masa. Kehalusan dan keindahan bait-bait puisi dan pantun menjadi penyeri yang menyegarkan.

Norkhairana Pilus
Editor
ANIQAH


Secara dasarnya novel ini terkandung cinta. Namun, bukan matlamat utama penulisnya membuai pembaca dengan keasyikan tidak berhaluan. Cinta dalam Lentera Mustika ialah cinta pada agama, cinta pada warisan, cinta pada alam, cinta pada ilmu, dan ya, semestinya juga cinta sesama manusia. Walaupun Nisah bijak mengadun pelbagai rasa cinta ini dengan lenggok bahasa yang indah, namun, di celah-celah alunan cerita Nisah tanpa rasa kasihan menyentakkan pembaca dengan nasihat berupa sindiran.

Juliana Es Mohamed Munawir
http://julianaes.com/bunnybaby-wp
Pustakawan



Dalam “Lentera Mustika”, Nisah Haron membuktikan tanggungjawab sosialnya dengan  mengangkat pantun lama/klasik. Tindakan ini tepat,  memandangkan  genre sastera tradisional ini, sedang tercemar kemurniaannya.  Contohnya, pantun SMS yang menjadi kegilaan anak muda sekarang, yang berasaskan bahasa rojak, lucah atau komedi  kosong. Sedangkan pantun lama, sekalipun bahasanya mudah dan ringan,  sarat dengan makna dan pengajaran. Pantun mungkin akan terus popular kerana sifatnya sebagai “seni untuk masyarakat”. Tetapi kemurniaannya mungkin akan lebih tercalar di masa hadapan.  Justeru, Nisah cuba  mengembalikan atau memperkenalkan pantun lama kepada pembacanya yang kebanyakannya mungkin terdiri di kalangan generasi SMS.
Maizura Mohd Ederis
http://tangisanbulanmadu.blogspot.com
Penulis

Saya mula mengikuti siri novel ini dalam majalah Aniqah beberapa bulan lalu. Sejak pertama kali saya membacanya, saya menjadi tidak sabar untuk mengetahui perkembangan seterusnya. Rasa ralat jugak kerana tidak mengikuti siri novel ini dari awal lagi. Gaya bahasa yang menarik, malah diselitkan lagi dengan pantun-pantun melayu, menambahkan seri lagi novel ini. Saya amat teruja dengan watak-watak di dalam ini dan saya amat menantikan novel ini di pasaran. Selamat berkarya.

 
Noor Ain binti Othman
Tanjong Karang


Pernahkah pembaca menatap novel cinta, Nisah Haron? Sejauh manakah sentimentalisme Nisah dalam menggarap kisah cinta? Berjayakah Nisah mengawal busa-busa ruapan cinta dalam novelnya? Seperti kata Shahnon Ahmad; novel cinta sengaja memberikan laluan kepada bibit emosi sentimentalisme untuk memperlihatkan, yang ideal benar-benar mengatasi yang artifisial. Ciri logik dalam susunan kisah, ciri sebab akibat dalam liku peristiwa, dan ciri yang menyebabkan tikaian langsung, digoda sebelas mungkin untuk memberikan laluan pada yang murni dan mulia - itulah ciri sebuah karya sentimentalisme yang murni. Novel ini menjanjikan suatu yang lain daripada novel cinta sebelum ini, ia bukan novel cinta picisan – dalam cinta ada teladan, dalam titip murni ada romantis dan kartarsis.


Rozninah Abd. Azib
Editor
Dewan Sastera


Lentera Mustika, sinonim dengan maksudnya, memberi pencerahan yang amat berharga dan begitu indah sekali. Elemen pantun yang segar jadi tarikan utama,sarat dengan ilmu dan budaya alam Melayu; menyerlahkan jati diri Ainur Mustika, berlatarkan dunia kesarjanaannya, bersulamkan isu hak cipta dan kisah cintanya, semuanya memberi kepuasan dan mempamerkan idealisme wanita moden berpendidikan tinggi Muslimah Melayu. Novel yang perlu dihayati sebagai salah satu cara memugar erti diri!

Nazhatulshima Nolan
http://nazhatulshima.blogspot.com
Pensyarah Bahasa Inggeris,UiTM Johor
 
Bahasa yang bertenaga ditampilkan menerusi diksi yang segar. Jati diri Nisah Haron sebagai pengarang jelas terserlah dalam karya mutakhirnya ini. Sesudah Tawarikh Cinta, inilah spin-off  novel Mencari Locus Standi yang wajib anda miliki!

Zaid Akhtar
http://myzaidakhtar.blogspot.com
Pengarang “Salju Sakinah”


Mengakrabi Lentera Mustika air tangan terbaru Nisah Haron ini, bagai melihat cermin yang memantulkan kembali wajah diri. Sebagai seorang graduan undang-undang dan bertugas di universiti, kemudian menguliti pula dunia sastera, akrab sekali novel ini membekas di jiwa.

Saya begitu teruja dengan bilah-bilah kata yang disusun indah. Kemudian, diselitkan pula pantun yang menjadi inti utama pengkisahan cerita, yang tentunya tidak mudah. Seakan-akan saya sedang mengikuti kuliah penciptaan pantun di sekolah. Inilah perbezaan yang terdapat pada Lentera Mustika, yang mungkin tidak terdapat pada karya lain. Unsur didikan secara halus ini saya akui antara ruang dan peluang pewaris bangsa mendalami semula keindahan seni pantun Melayu.

Rudy Bluehikari
http://bluehikari.com


Saya mengenali karya-karya Nisah Haron sebagai karya yang begitu imaginatif dan fantasi. Bagi sesetengah orang, karya-karya seperti ini mungkin agak menyenakkan. Namun, melalui Lentera Mustika, persepsi ini akan beransur berubah dan saya mula perasan yang Nisah Haron sedang melakukan tajdid. Rasa cintakan bahasa dan kekayaan jati diri akan meresapi setiap hati yang membacanya. Kemolekan budi pekerti, kehalusan seni dan kepuitisan bahasa seolah-olah menjadi satu dan membentuk pancang keimanan yang kukuh dalam diri wataknya. Seperti Ainur Mustika, yang meletakkan takdir Ilahi sebagai paksi segala-galanya, Lentera Mustika membawa kelainan dari karya-karya Nisah Haron terdahulu, maka novel ini adalah sebuah karya yang lebih enak dan begitu mengujakan.

Amiza Khusyri Yusof,
http://amizakhusyri.blogspot.com
Pensyarah, Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan.



Nisah yang amat masak tentang selok-belok kepeguaman, khususnya berkaitan undang-undang keluarga Islam, berjaya mengadunkan ilmu dan pengalamannya dalam bidang tersebut jauh daripada bersifat ‘legalistic’, lantas menjadikan karyanya seimbang, hidup dan meyakinkan. Meskipun Nisah tidak dapat lari dari membicarakan hal-hal perundangan dalam novel-novelnya, kerana itulah ‘trademark’nya dan menjadikan setiap penulisan Nisah unik dan menarik, namun kesemua itu mampu diolah dengan gaya yang bersahaja sehingga tidak begitu terasa kesan juridikal yang lazimnya mencirikan wacana-wacana perundangan. Tidaklah keterlaluan bagi saya mengatakan bahawa Nisah Haron sedari dulu tidak mengecewakan!

Dr. Che Norlia Mustafa
Pensyarah Undang-undang,
UKM, Bangi, Selangor

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2010. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us