|
Judul : Mengemudi Bahtera Perubahan Minda Pengarang : Mohd Asri Zainul Abidin Penerbit : Utusan Publications & Distributors SDN BHD Genre : Agama Mukasurat : 400 halaman Cetakan Pertama : 2010 ISBN : 9789676123329 Harga : RM 35/550
Buku ini merupakan sebahagian daripada himpunan tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam kolum tetap beliau “Pena Mufti” di Mingguan Malaysia yang bermula sejak 11 Mac 2007. Tulisan-tulisan beliau saban minggu telah menarik perhatian setiap lapisan masyarakat dalam Negara ini daripada peringkat atasan sehingga rakyat bawahan. Hal ini kerana pemikiran perubahan yang segar lagi berani disajikan menerusi rencana-rencana tersebut secara mantap mempengaruhi minda pembaca. Ia membawa pembaca melihat sesuatu daripada dimensi yang luas dan pelbagai. Namun, apa yang menjadi kekuatan tulisan-tulisan tersebut ialah teras dan kaedah penghujahan yang di segenap lapisan masyarakat.Walaupun terdapat pro and kontra, tetapi akhirnya ramai yang akur kebernasan hujah dan pemikiran yang ditampilkan.
Ramai pembaca yang telah mengumpulkan sendiri rencana-rencana tersebut sebagai bahan rujukan. Atas permintaan yang begitu tinggi daripada mereka, maka sebahagian rencana tersebut dibukukan dan diberi judul Mengemudi Bahtera Perubahan Minda.
Himpunan rencana ini menyentuh pelbagai topic dan isu mengenai pegangan masyarakat, pembangunan minda dan ekonomi, hiburan dan seni, politik dan pentadbiran juga pelbagai lagi. Kecenderungan rencana-rencana ini mengubat kelemahan cara berfikir, kejumudan, keterbabasan sikap dan mentaliti serta penyelewengan dalam pelbagai aspek kehidupan. Dengan bahasa yang sinis, tegas, memujuk dan puitis, penulis cuba menyampaikan mesej daripada pemikiran yang bernas.
KANDUNGAN Prakata
BAB 1 IKUT DALIL DAN FAKTA, BUANG TAKLID BUTA Ikut Dalil Bukan Tokoh Tolak Pandangan Tanpa Dalil Ambil Kesempatan Hak Bertanya
BAB 2 KELUASAN MENERIMA PENDAPAT, KEPERLUAN MUSLIM MODEN Keburukan Fanatik Menyanggahi Norma Ilmu Penilaian Semula Taklid Mazhab Luas Bermazhab
BAB 3 MUDAHKAN PENDEKATAN ISLAM, JANGAN EKSKLUSIFKANNYA Antara Cuai dengan Memayahkan Menyusahkan Gambaran Islam Eksklusifkan Agama Akidah Itu Mudah Difahami Ruang untuk Semua Kehidupan Islam Praktikal Mesti Bersif at Alternatif
BAB 4 ISRAILIYYAT: PENCERAMAH MENCEMARKAN AL-QURAN Cakap Orang Tua Tidak Semua Betul Sains Menolak Dongeng Fokus Tajdid Mengelirukan Wajah Islam
BAB 5 BANYAK CERAMAH AGAMA BELUM CAPAI PIAWAIAN ILMU Rendah Mutunya Cerita Murahan Tidak Logik Dongeng Masjid Jadi Pasar Tukang Cerita Orang Awam Terpengaruh Ceramah Cari Makan
BAB 6 JANGAN LELONGKAN AGAMA UNTUK KEUNTUNGAN PERNIAGAAN Agama Rekaan Lelong Syurga Barangan Khurafat Melebihi Nabi Jampi Cerdik Kilang Cetak Pahala
BAB 7 ISLAM: ANTARA CERITA DAN KENYATAAN Realiti Bukan Muslim Keliru Akar Budaya Memilih Islam Mana Budaya Asal? Pemikiran Mundur Hilang Segalanya Memajukan Melayu BAB 8 KENAPA KITA GAGAL MEMBINA SEMULA TAMADUN? Salah Faham Asas Tamadun Ikatan Islam Menghayati Prinsip
IBAB 9 MENJAWAB SALAM BUKAN MUSLIM Ustaz Bukan Rasul Hujah Fahami sebab Hadis Nas dan Realiti
BAB 10 ISU BIN BUKAN BAPA DAN IMEJ ISLAM Hanya di Sini Tidak pada Zaman Sahabat KaitanAkidah Kenapa Ditimbulkan? Menghormati Hak Jaga Imej Islam
BAB 11 KEPERLUAN FIKAH INTERAKSI DENGAN BUKAN MUSLIM Kekuatan Kita Ada Imej Umat Islam Fikah Dakwah Fikah Sempit Beri Sedekah Hormati Jenazah Masuk Masjid
BAB 12 MURTAD: ANTARA EMOSI DAN REALITI Bahaya Fenomena Murtad Berfikiran Terbuka Diperdaya Musuh Sebab Benteng Islam Hukuman
BAB 13 ISLAM DAN KEBEBASAN BUDAYA SERTA FESYEN Tidak Menghapuskan Budaya Fleksibiliti dalam Pakaian Lucu Selipar Nabi Adat Tidak Menyanggahi Syarak Sunnah Adat Sepatutnya
BAB 14 ISLAM: ANTARA IBADAH RITUAL DAN PEMBANGUNAN UMAT Islam Sebenar Seimbang Tolak Bidaah Ruang Berinovasi Rohani dan Jasmani
BAB 15 PUASA TIDAK BOLEH BERPISAH DARIPADA DALIL SUNNAH Hanya Rasulullah SAW Dikongkong Adat Bertanya Dalil Sunnah Berbuka Puasa Sahur Makan Dahulu
BAB 16 ZAKAT BERBAKI ATAU KITA KURANG BIJAK MEMBAHAGI Akur Tapi Hairan Tidak Tahu Beri Tanpa Fikir Untuk Kahwin Sempit Mazhab Terbuka Pindah Zakat Zakat untuk Dakwah Amanah Allah SWT
BAB 17 HAJI: ANTARA FALSAFAH, TOKOK TAMBAH DAN NAS Jangan Melampau Khurafat Tiada Unsur Keberhalaan Hanya Mencontohi Rasulullah SAW Berkat dan Rahmat Untuk Allah SWT Semata-mata Perjuangan Tauhid
BAB 18 MASJID KITA KAKU, TIDAK MESRA PELANGGAN Fungsi Masjid Gagal Berfungsi Saf Kanak-kanak Layanan Buruk Pemikiran Sekular Akademik di Masjid Pusat Kempen Kebaikan Kualiti
|