|
Judul : Pada Sayap Burung Helang Pengarang : Arena Wati Penerbit : DBP Genre : Novel Mukasurat :364 halaman Cetakan Pertama : 2010 ISBN : 9789834605933
Pada Sayap Burung Helang mengisahkan kebangkitan kembali semangat maritim dalam kalangan bangsa Melayu di seluruh alam Melayu, setelah segala-galanya musnah akibat Perang Dunia Kedua.
Dengan modal yang tersisa dan semangat dan semangat yang tidak pernah patah, Darusi bersama-sama adiknya Abdul Razak,seperti debu phoenix yang bangkit dari kehancuran dengan membina perkapalan moden berdasarkan teknologi canggih dan ilmu pelayaran yang baharu.
Memang hebat, kerana bukan sahaja mereka ingin menakluk dunia maritim, malah dunia politik dan dunia perdagangan di darat!
Novel ini merupakan buah tangan terakhir Arena Wati yang dibina denagn idea besar seorang perakam lautan, setelah novel Sukma Angin, dalam Trilogi Bara-baranya. Novel yang lain ailah Rindu Aroma Padi Bunting, yang memperlihatkan tersebarnya kehebatan bangsa Melayu ke seluruh dunia.
Walaupun Arena Wati tidak sempat menatap karyanya ini, namun idea besarnya dapat dijadikan rujukan bagi membangun sebuah bangsa yang berpaksi kepada agama, sebagai sumbangan terakhir seorang Sasterawan Negara
|