|
Judul : Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di Malaysia Editor : Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris Penerbit : Utusan Publications & Distributors Genre : Pendidikan Mukasurat : 662 halaman Cetakan Pertama : 2008 ISBN : 9789676121568
Buku ini membincangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia berdasarkan pengalaman 50 tahun merdeka. la terbahagi kepada 10 bahagian. Dalam Bahagian 1, artikel pertama membincangkan cabaran dan harapan yang menyeluruh dalam pembangunan pendidikan di Malaysia, manakala artikel kedua pula membincangkan secara mendalam satu unsur penting bagi penyelidikan dalam bidang pendidikan. Bahagian 2 pula bertumpu kepada pendidikan matematik dan mengandungi tiga artikel. Ketiga-tiga artikel tersebut membincangkan kajian tertentu dalam bidang pendidikan matematik. Seterusnya, Bahagian 3 bertumpu kepada pendidikan sains dan pendidikan jasmani, dan mengandungi tiga artikel. Artikel tersebut membincangkan penggunaan teknologi dalam pendidikan, realiti pendidikan sains, dan penilaian dalam program pendidikan jasmani.
Bahagian 4 bertumpu kepada pendidikan nilai, moral, pintar cerdas, seks, dan keluarga, dan mengandungi lima artikel. Artikel tersebut membincangkan amalan pendidikan nilai dan moral, pendidikan seks,pendidikan pintar cerdas, realiti pendidikan moral, dan pencegahan jenayah syariah melalui pembangunan keluarga bahagia. Bahagian 5 pula bertumpu kepada kurikulurn pendidikan dan mengandungi dua artikel. Artikel tersebut membincangkan perubahan kurikulum sekolah dan sejarah perkembangan kurikulum sejarah. Seterusnya, Bahagian 6 bertumpu kepada amalan kaunseling dan mengandungi dua artikel.Artikel tersebut membincangkan khidmat kaunseling di Malaysia dan cabaran pendidikan kaunseling. Bahagian 7 pula bertumpu kepada pendidikan bahasa dan kesusasteraan dan mengandungi dua artikel. Artikel tersebut membincangkan pemodenan pendidikan bahasa Melayu dan pendidikan kesusasteraan.
Bahagian 8 bertumpu kepada ICT dan pendemokrasian pendidikan dan mengandungi dua artikel. Artikel tersebut membincangkan persediaan graduan ICT dan biasiswa sebagai penjana pendemokrasian pendidikan. Bahagian 9 pula bertumpu kepada pengurusan dan pentadbiran pendidikan, dan mengandungi dua artikel. Artikel tersebut membincangkan latihan profesional bagi bakal pentadbir sekolah, dasar dan perancangan pendidikan. Akhir sekali, Bahagian 10 bertumpu kepada pendidikan matrikulasi dan swasta, dan mengandungi dua artikel. Artikel tersebut membincangkan sumbangan Pusat Asasi Sains dan sumbangan pendidikan tinggi swasta.
Kandungan
Prakata
Bahagian 1: Penyelidikan dan Pembangunan
Bab 1 Pembangunan Pendidikan di Malaysia: Cabaran dan Harapan Nik Azis Nik Pa
Bab 2 Analisis Kritis tentang Penggunaan Definisi Operasi dalam Penyelidikan Nik Azis Nik Pa, Noor Aini Khalifah
Bahagian 2: Pendidikan Matematik
Bab 3 Pemerkasaan Pembelajaran Geometri Pepejal bagi Murid Tingkatan 1 Chew Cheng Meng, Noraini Idris
Bab 4 Penyelesaian Masalah Kebarangkalian oleh Murid Tingkatan 4 Rugayyah Abdullah, Nik Azis Nik Pa
Bab 5 Penggunaan Model Solo untuk Menilai Kebolehan Penyelesaian Masalah Matematik Murid Sekolah Menengah Lim Hooi Lian, Noraini Idris
Bahagian 3: Pendidikan Sains dan Jasmani
Bab 6 Penggunaan Teknologi dalam Memperkasakan Pendidikan Sains di Malaysia Mahanom Mat Sam, Rohaida Mohd. Saat
Bab 7 Pendidikan Sains di Malaysia: Sejarah dan Perjuangan Selva Ranee Subramaniam
Bab 8 Keperluan Pelaksanaan Penilaian dalam Program Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah Syed Kamaruzaman Syed All
Bahagian 4: Pendidikan Nilai, Moral, Pintar Cerdas, Seks, dan Keluarga
Bab 9 Penelitian Terhadap Konsep dan Amalan Pendidikan Nilai dan Moral Nik Azis Nik Pa
Bab 10 Pendidikan Seks untuk Remaja Berkeperluan Khas (Terencat Akal): Satu Analisis Keperluan Khadijah Rohani Mohd. Yunus
Bab 11 Perkembangan dalam Pendidikan dan Kajian Kanak-kanak Pintar dan Berbakat Ananda Kumar Palaniappan
Bab 12 Realiti Pendidikan Moral di Malaysia Vishalache Balakrishnan
Bab 13 Pencegahan Jenayah Syariah Melalui Pembentukan Keluarga Bahagia Nik Azis Nik Pa
Bahagian 5: Kurikulum Pendidikan
Bab 14 Memperkasa Kesediaan Guru Melaksanakan Perubahan Kurikulum di Sekolah: Satu Perbincangan Habib Mat Som
Bab 15 Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah di Malaysia Aini Hassan, Siti Hawa Abdullah
Bahagian 6: Amalan Kaunseling
Bab 16 Program dan Khidmat Kaunseling di Malaysia Noor Aishah Rosli
Bab 17 Pendidikan Kaunselor di Malaysia: Cabaran dan Harapan Rafidah Aga Mohd Jaladin
Bahagian 7: Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan
Bab 18 Isu Pemodenan Pendidikan Bahasa Melayu Yahya Othman
Bab 19 Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia: Isu dan Cabaran Chew Fong Peng
Bahagian 8: ICT dan Pendemokrasian Pendidikan
Bab 20 Perspektif Persediaan Graduan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Malaysia Rodina Ahmad, Mazliza Othman
Bab 21 Biasiswa sebagai Penjana Pendemokrasian Pendidikan Aziah Ismail, Abdul Ghani Abdullah
Bahagian 9: Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Bab 22 Mengurus dan Memimpin Sekolah: Keperluan Latihan Profesional Sebelum Memegang Jawatan Pengetua/Guru Besar Ishak Sin, Abdul Malek Abdul Karim
Bab 23 Dasar dan Perancangan bagi Memperkasakan Pendidikan Shahril @ Charil Marzuki
Bahagian 10: Pendidikan Matrikulasi dan Swasta
Bab 24 Sumbangan dan Cabaran Pusat Asasi Sains dalam Memperluaskan Peluang Pendidikan Bumiputera Azilah Abdul Rabman, Yong Zulina Zubairi, Nor Sabirin Mobamed
Bab 25 Kepentingan dan Sumbangan Pendidikan Tinggi Swasta Norhayati Soin, Marizan Mubin
|