Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
ITNM
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
USIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Pendidikan
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
1515
>Koleksi / Direktori Penulis>Isa Kamari

Satu Bumi

Satu Bumi
Judul : Satu Bumi
Harga :
RM24.90
Nombor siri : 4456123
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Satu Bumi
Pengarang : Isa Kamari
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings
Genre : Novel
Mukasurat : 240 halaman
Cetakan Pertama : 2009
ISBN : 9789833991846




 ‘Satu Bumi’ memaparkan kisah cinta tragis gadis Tionghoa yang dipelihara oleh keluarga Melayu. Cinta yang bersemi antara Swee Mei dengan abang angkatnya Jati pada zaman pemerintahan Jepun mengharungi pelbagai dugaan dan pergolakan politik di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.

Satu Bumi mengutarakan berbagai pula persoalan penting yang mewakili pengalaman sejagat manusia baik di mana-mana sekalipun. Halaman-halamannya memaparkan pertembungan dan pertelagahan kebudayaan, kesamaan dan keharmonian dalam kesejagatan, antara kemuliaan dan kelemahan insan, antara ihsan dan prasangka serta antara perubahan dan kesinambungan.

Novel sejarah ini membedah persoalan hak dan kuasa serta menggali erti kemanusiaan sejati.

Motif tradisi, warisan dan jatidiri juga diberi perhatian serius. Dalam penggalian semula Perkuburan Bidadari, di tengah-tengah kematian, terserlah pula kesinambungan dalam suasana perubahan yang pesat. Suasana kubur yang biasanya melambangkan berakhirnya kehidupan, sebaliknya menjadi satu permulaan. Dalam kehilangan terdapat penemuan. Segala pahit maung kehidupan yang dipaparkan dalam buku diolah bukan untuk merintih tetapi buat mencari kekuatan diri dan mengutuhkan kehidupan dan kemanusiaan.

‘Satu Bumi’ merupakan satu mercu tanda dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Novel ini telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2012. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us