|
Judul : Stilistik Komsas Pengarang : Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir Penerbit : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris Genre : Pendidikan Mukasurat : 152 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9832620643
Stilistik yang merupakan ilmu yang mengkaji teknik pemakaian bahasa dalam penulisan ialah salah satu disiplin yang ada kaitannya dengan ilmu linguistik. Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan 'komponen' dan 'kesusasteraan Melayu'. Komsas ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Penyelidikan mendapati bahawa ada juga guru yang ditugaskan mengajar Bahasa Melayu keliru mengenai falsafah pengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan gaya bahasa dan cara pemakaiannya dalam penulisan.
Menyedari hakikat ini buku Stilistik Komsas ditulis khusus untuk memenuhi keperluan guru-guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu sekolah menengah, bakal-bakal guru, pelajar-pelajar universiti, pelajar-pelajar sekolah dan maktab-maktab perguruan dan sesiapa yang berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran gaya bahasa komsas dalam memperlengkap pengetahuan dan persediaan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu dengan yakin.
Buku Stilistik Komsas ini mengandungi tujuh bab dan membincangkan pelbagai aspek gaya bahasa waima yang disenaraikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau yang belum disenaraikan tetapi ada diketengahkan dalam buku teks untuk pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah. Tujuan dikemukakan pelbagai gaya bahasa ini adalah untuk memenuhi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan untuk memberi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar, bakal guru dan guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu tentang beberapa jenis gaya bahasa yang perlu diketahui mereka. Beberapa konsep gaya bahasa dan contoh-contoh konkrit yang dipetik daripada teks komsas seperti yang ditetapkan bagi tingkatan satu hingga tingkatan lima dan yang berkaitan telah digunakan untuk memudahkan para pembaca.
Bab 1 buku ini membincangkan konsep Stilistik, gaya bahasa dan gaya komsas, iaitu gaya bahasa pengarang yang menghasilkan karya kreatif yang termuat dalam antologi dan novel seperti yang disenaraikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kegunaan murid tingkatan satu hingga lima.
Bab 2 hingga Bab 6 ialah bab-bab yang mengetengahkan lima jenis gaya bahasa, iaitu gaya bahasa perbandingan, pertentangan, pertautan, penyirnaan dan pengulangan. Setiap gaya bahasa ini dijelaskan dengan huraian terperinci berserta contoh-contoh yang diambil daripada bahan pengajaran komsas tingkatan satu hingga tingkatan lima. Bab 7 ialah bab penutup, iaitu bab yang membincangkan pendekatan pengajaran dan bagaimana guru boleh mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu.
Akhir sekali buku Stilistik Komsas ini diharap sangat akan dapat mencetuskan renungan dan perbincangan yang bermanfaat dalam kalangan pensyarah universiti, guru dan bakal guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, pelajar IPT dan maktab-maktab perguruan dan murid sekolah.
Nik Hassan Basri Hj. Nik Ab. Kadir Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.
KANDUNGAN Pendahuluan
BAB 1 STILISTIK Pengenalan Apakah Stilistik? Gaya Bahasa Gaya Komsas
BAB 2 GAYA PERTAUTAN Gaya Bahasa Pertautan Alusi Antonomasia Epitet Eponim Eufemisme Metonimia/Metonomi Sinekdok
BAB 3 GAYA PENYIRNAAN Gaya Bahasa Penyirnaan Aferisis Akronim Apokop Elipsis Kata Singkatan Sinkof Afesis
BAB 4 GAYA PENGULANGAN Gaya Bahasa Pengulangan Aliterasi Anafora Asonansi Epifora Rima Anadiplosis Antanaklasis Asindeton Epanalepsi Epanortesis Epizeukis Erotesis Gradasi Kiasmus Mesodilopsis Paralelisme Polisindeton Pun/Paronomasia Responsif Simplok Tautotes Woordopname
BAB 5 GAYA PERBANDINGAN Gaya Bahasa Perbandingan Metafora Personifikasi Simile Imejan Pleonasme Alegori Antitesis Depersonifikasi Perifrasis Prolepsis Tautologi
BAB 6 GAYA PERTENTANGAN Gaya Bahasa Pertentangan Hiperbola Paradoks Inversi Pendepanan Keseluruhan Predikat Ayat Aktif Songsang Ayat Pasif Songsang Pendepanan Frasa Daripada Predikat Pendepanan Frasa Kerja Pendepanan Frasa Adjektif Pendepanan Frasa Sendi Nama Pendepanan Frasa Nafi Antifrasis Antiklimaks Apofasis Hipalase Hiperbaton Inuendo Ironi Katabasis Klimaks Litotes Oksimoron Preterisio Sarkasme Satira Sinis Silepsis Zeugma
BAB 7 PENUTUP Pendekatan Mengajar Komsas Karya Penulisan Bukan Kreatif Karya Penulisan Kreatif Rumusan
Glosari Bibliografi Indeks
|