|
Judul : Apa Perlunya Tuhan Dan Agama Pengarang : Shopuan Anuar Ahmad Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Agama Mukasurat : 194 halaman Cetakan Kedua : 2004 ISBN : 983192505x
Buku ini memberikan dua fokus. Fokus pertama ialah perkara yang berkaitan dengan iman. Kedua-dua fokus ini amat penting kerana baginda Rasulullah di awal-awal dakwahnya ataupun semasa di Kota Makkah menekankan persoalan iman dan akhlak. Kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat. Kebiadahan jahiliah adalah disebabkan kekufuran manakala keluhuran budi pekerti disebabkan keimanan. Sayidina Umar al-Khattab adalah contoh yang paling jelas dalam masalah ini.
Keimanan yang benar melahirkan insan yang berakblak mulia. Kelunturan iman menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak. Iman yang jelas dengan disertai penghayatan kepada keimanan tadi menghasilkan insan yang berakhlak. Bagaimana mungkin seseorang yang benar-benar beriman kepada Allah berakhlak buruk sedangkan akhlak yang buruk bertentangan dengan iman. Jadilah Muslim yang benar imannya, maklum tentang akidah yang dianutinya dan cinta bagi mempertahankan keimanan. Buktikanlah keimanan dengan akhlak yang luhur kerana orang Islam dikenali dengan akhlak yang baik.
Hanya kepada Allah jua dipohon hidayah dan kekuatan bagi menjadikan kehidupan ini diredai olehNya.
Kandungan
1. Sejarah Tuhan 2. Manusia dan Agama 3. Teori Evolusi Menolak Tuhan Sebagai Pencipta Alam 4. Sekularisme Membebaskan Manusia Daripada Agama 5. Aqidah Islam 6. Iman dan Islam 7. Iman dan Kehidupan 8. Musuh dan Iman 9. Rujukan
|