|
Judul : Buah Khasiat Makanan & Ubatan Pengarang : Ong Hean Chooi Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Kesihatan Mukasurat : 167 halaman Cetakan Pertama : 2004
Buah-buahan penting dalam menu harian pemakanan bagi keseimbangan nutrien dan sistem tubuh badan. Pakar perubatan herba mengenal pasti bahawa kandungan kimia tertentu di dalam buah-buahan bertindak sebagai ubat herba yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit Tahukah anda bahawa ciku, durian belanda, strawberi dan nanas dapat merawat penderita batu karang? Kelur pula sesuai diamalkan untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Bahagian tertentu pada belinggai, gajus dan limau kasturi dapat menegangkan dan mencantikan kulit serta kesuburan rambut. Kesemua 56 jenis buah yang terkandung dalam buku ini memiliki pelbagai khasiat makanan dan ubatan herba yang menakjubkan. Buku ini juga memuatkan maklumat tentang nama tempatan, cara penanaman, taburan, rupa bentuk, kandungan, penyakit dan perosak.
|