|
Judul : Cintamani Gagasan Penngarang : Benyamin Matussin Genre : Kumpulan Puisi Mukasurat : 77 halaman Cetakan Pertama : 2002
Sinopsis : Benyamin Matussin, seorang penyajak yang juga terkenal sebagai pendeklamator berbakat di persada puisi tanah air. Mula mengembangkan sayap kreatifnya sejak awal tahun 1990-an. Cintamani Gagasan mengumpulkan 65 kuntum puisi. Pelbagai pemikiran dilihat tersaring baik di dalam multi-tema puisi-puisi beliau. Penyair mengilaukan dunia puisi dengan warnawarna kecintaan didukung oleh pemakaian dan permainan bahasa yang tidak kurang cantiknya. Seperti disebut oleh Lim Swee Tin, "Membaca puisi-puisi Benyamin Matussin terasakan ada jalinan kemesraan yang mendalam. Penyajak tahu meletakkan ideanya melalui lenggok bahasa dan unsur gaya bahasa yang banyak pula meyokongnya." Ternyata Cintamani Gagasan benar-benar hidup sebagai gagasan cinta yang mengukir segala.
|