Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
ITNM
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
USIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Pendidikan
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
1515
>PTS Publications>Islam & Spiritual

ISLAM: Ibadah Pembina Tamadun Manusia

ISLAM: Ibadah Pembina Tamadun Manusia
Judul : ISLAM: Ibadah Pembina Tamadun Manusia
Harga :
RM16.00
Nombor siri : 3251261
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : ISLAM: Ibadah Pembina Tamadun Manusia
Pengarang : Dato' Dr. Haron Din
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Genre :  Islam & Spiritual | Gaya hidup Islam
Mukasurat : 128  halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9833604218



Buku ini menerangkan Islam sebagai cara hidup. Apakah yang dimaksudkan dengan Islam sebagai cara hidup? Apakah kita sudah menjadikan Islam sebagai cara hidup? Buku ini juga membicarakan berkenaan rukun Islam secara mudah difahami, sesuai bagi semua golongan, bemula daripada syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.

Siapakah saya? Dari manakah saya datang? Siapakah yang menciptakan saya? Mengapa saya diciptakan? Apakah peranan saya di dunia ini? Apakah pula misi dan visi saya dalam kehidupan ini? Apakah kesudahan selepas kewujudan saya ini? Ke manakah saya selepas mati? Ini adalah persoalan yang wajib dijawab oleh setiap manusia yang hidup di dunia.
Manusia diciptakan Allah dengan matlamat tertentu. Matlamat itu dinyatakan dalam surah al-Zariyat, ayat 56 yang bermaksud, “Dan tiadalah aku menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka memperhambakan diri kepadaku.” Ayat ini menjelaskan matlamat penciptaan manusia iaitu beribadah kepada Allah. Lalu, ramai yang mempersoalkan, bagaimana dengan manusia itu sendiri? Sekiranya matlamat penciptaan manusia adalah untuk beribadah, maka jangan pula diberikan akal dan nafsu kepada manusia. Tanpa akal dan nafsu, manusia mampu patuh tetapi dengan akal dan nafsu, manusia juga perlu fikirkan kepentingan dirinya sendiri.
Inilah yang cuba saya perincikan di dalam buku ini. Ramai yang keliru dengan menganggap ibadah adalah bagi Allah. Ramai juga yang keliru, ibadah hanyalah solat, zakat, puasa, haji dan segala aspek ritual yang tidak ada kaitan dengan kehidupan seharian. Sebenarnya, ibadah adalah untuk manusia yang beribadah itu sendiri. Allah tidak memerlukan ibadah kita tetapi kita beribadah demi kepentingan dan kebahagiaan diri kita di dunia dan akhirat. Ibadah yang kita lakukan tidak pernah menambah ataupun mengurangkan kehebatan Allah. Ia sepenuhnya untuk diri kita sendiri.
Ruang lingkup ibadah dalam Islam juga luas. Oleh kerana manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah, maka sudah tentu dalam Islam, seluruh kegiatan manusia adalah ibadah kepada Allah. Asalkan ia diniatkan untuk Allah, maka segala-galanya menjadi ibadah. Cara fikir seumpama inilah yang masih kurang dalam masyarakat dan dengan penerbitan buku ini, saya berdoa semoga ia berupaya menjadi penyumbang dalam membetulkan semula pandangan Muslim berkenaan konsep ibadah dalam kehidupan.
Saya sentiasa berdoa semoga usaha kecil ini dapat membantu dalam memberatkan timbangan amal saya sewaktu menghadap Allah di padang mahsyar nanti. Semoga saya juga berupaya menjadikan seluruh hidup yang singkat ini menjadi ibadah berpanjangan. Akhirnya kepada Allah juga kita memohon taufik dan hidayahnya.


Kandungan

Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini? Prakata
Bab 1:Ada Apa dengan Manusia
Pendahuluan
Islam adalah Cara Hidup Manusia yang
Didatangkan daripada Allah
Islam adalah Cara Hidup yang Menyeluruh dan
Mengatur Semua Bahagian dan Kehidupan Manusia
Nilai-nilai Hidup Islam yang Tetap dan
Tidak Dapat Dipermainkan
Islam adalah Sistem bagi Semua Manusia
Bukan Golongan ataupun Bangsa Tertentu
Islam adalah Cara Hidup yang Mempunyai Keserasian
dan Persefahaman antara Cita-cita dan Kenyataan

Bab 2:Islam Agama yang Terakhir
Pengkajian Islam
Seruan kepada Agama Islam
Bab 3:Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Nilai-nilai Hukum Islam
Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Bab 4:Sembahyang Lima Waktu
Syarat Wuduk
Rukun-rukun Wajib Wuduk
Perkara-perkara yang Membatalkan Wuduk
Syarat-syarat Sah Sembahyang
Rukun-rukun Sembahyang
Perkara-perkara yang Membatalkan Sembahyang
Sebab-sebab Sujud Sahwi
Kewajipan Menunaikan Sembahyang dan
Fungsinya di dalam Kehidupan
Konsep Ibadat
Bab 5:Pembahagian Zakat dan Kepentingannya
Maksud dan Hukum Zakat
Pandangan Islam Berkaitan Wang Ringgit
dan Harta Kekayaan
Persoalan-persoalan Penting dalam Zakat
Jenis-jenis Zakat, Nisab dan Kadar yang Diwajibkan
Zakat Fitrah
Syarat-syarat wajib zakat fitrah
Zakat sebagai jaminan kemasyarakatan di dalam Islam

Bab 6:Puasa
Al-Syiam atau Puasa
Dalil Kewajipan Berpuasa
Bahagian-bahagian Puasa
Dasar kesenangan di dalam Islam
Syarat-syarat Sah Puasa
Rukun Puasa
Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa
Perkara-perkara yang Disunatkan bagi Orang Berpuasa

Bab 7:Haji danUmrah
Pengertian Haji
Cerita Pembinaan Kaabah
Syarat-syarat Wajib Haji
Rukun Haji
Perkara-perkara Wajib Haji
Umrah
Semangat Haji di dalam Islam
Perkara yang Dilarang Semasa Berihram
Ihram dan Kesejahteraan
Hikmat Tawaf
Hikmat Sai di antara Safa dan Marwah
Hikmat wukuf di Arafah
Bab 8:
Sifat-sifat yang Disukai Islam
Berkorban kerana Agama
Mengingati Allah Penawar Jiwa
Ihsan

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2012. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us