|
Judul : Kuras-Kuras Kreatif Pengarang : Azizi Haji Abdullah Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka Genre : semi-biografi / proses kreatif Mukasurat : 146 halaman Cetakan Pertama : 2007 ISBN : 9789836297730
Garis Lintang Anak Haram (1968) merupakan novelnya yang pertama. Kemudian pada tahun 1971, novelnya Senja Belum Berakhir mendapat Hadiah karya Sastera. Selepas itu, karya-karya beliau dalam genre cerpen dan novel banyak memenangi hadiah, sehingga beliau dianggap sebagai penulis sayembara. Novel beliau Seorang Tua di Kaki Gunung memenangi hadiah kedua dalam Sayembara Novel anjuran Yayasan Sabah - GAPENA pada tahun 1982 dianggap sebagai novel terbaiknya pada ketika itu dan dijadikan teks sastera peringkat SPM dari tahun 1985 - 1987.
Kuras-kuras Kreatif ini merupakan satu usaha Azizi Haji Abdullah merakamkan kembali olahan dan garapan karya-karya kreatif beliau dari tahun 1970 hingga 1999, yang cukup banyak menyingkap latar, proses, kepayahan dan kejayaan beliau dalam mengharungi dunia penulisan. Sememangnya Azizi seorang yang cukup arif dalam memaparkan latar desa dan mudah menyusun perwatakan hasil daripada pengamatan beliau dengan suasana yang dekat dengan beliau. Penggunaan lenggok bahasa yang menarik dan pemiihan kata yang sesuai membuat karya beliau begitu menyentuh perasaan walaupun ia bertemakan persoalan biasa.
Kandungan
BAB 1 PENGENALAN
BAB 2 PROSES SECARA UMUM
Unsur Alam Sungai dan Laut Sawah Bukit
Keluarga Bapa Emak Abang dan Kakak Isteri Anak
Pancaindera dan Pengalaman Rangsangan
PROSES CERPEN "Latifah Rabbaniah" "Bapa" "Wau Kepala Burung" "Kipas Angin" "Seladang" "Ranggi Anak Cucu" Cerpen-cerpen Lain
BAB 4 PROSES NOVEL Senja Belum Berakhir Seorang Tua di Kaki Gunung Dee Melukut Kota Anak Kampung Kuala Raga Anak Belantara Tropika Wi & William Ateik Putriba Ayahanda
PENUTUP
|