|
Judul : Ragam Hias al-Qur'an Di Alam Melayu Pengarang : Dzul Haimi Md. Zain et al. Penerbit : Utusan Publications & Distributions Genre : Islamic Art Mukasurat : 113 halaman Cetakan Pertama : 2007 ISBN : 9789676119369 Kulit Tebal
Buku ini memperkenalkan seni hiasan mashaf al-Qur'an di alam Melayu. Kumpulan pengarang telah melaksanakan penyelidikan buat julung kalinya, yang meliputi wilayah di seluruh Malaysia termasuk Ssabah dan Sarawak, kepulauan Indonesia dan Brunei Darussalam.
Sebagai hasil seni yang halus, hiasan pada lembaran al-Qur'an merupakan dokumen yanag sungguh kaya dngan bahasa visual. Di dalamnya terakam falsafah pemikiran dan budaya Melayu, yang jelas mengisyaratkan ketinggian tamadun dan kehalusan budi.
Buku ini disertakan dengan gambar foto dan lakaran berwarna menggunakan kertas bermutu tinggi.
Kandungan
Mengharung Liku Tantangan Mengungkap Keindahan yang Terselindung Senarai Gambar Foto Senarai Lakaran
BAB 1: Pengkajian Sejarah dan Penghayatan Seni Islam Latar Ringkas Penulisan
BAB 2 : Keunggulan Seni Islam Catatan Seni
BAB 3 : Penyebaran Islam ke Nusantara Sejarah Ringkas Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
BAB 4 : Konsep Keindahan Prinsip Tampak
BAB 5 : Mengagungkan Kesucian al-Qur'an Seni Hias dalam al-Qur'an Muwajjah (Frontispiece)
BAB 6 : Ragam Hias dalam al-Qur'an Asal Usul al-Qur'an Berhias Gaya Uthmaniah Gaya Safavid Gaya Mughal
BAB 7 : Ragam Hias al-Qur'an di Alam Melayu Kategori Pembahagian Kumpulan al-Qur'an Berhias di Alam Melayu Wajah Seni Hiasan al-Qur'an Alam Melayu
BAB 8: Rumusan
Bibliogrofi Indeks Biodata
|