|
Judul :Seuntai Kasih Secebis Harapan Pengarang : Mohd Sidek B. Mohd Dolah (Mas Adeki) Penerbit : Akam Print Genre : Puisi Klasik Mukasurat : 180 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9834300107
Antologi Gurindam ini memuatkan 40 koleksi gurindam dengan sebahagiannya mengangkat pengorbanan warga pendidik dalam pembelajaran dan pendidikan ke arah insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Ia juga mengetengahkan tema kekeluargaan, pendidikan dan kecemerlangan serta unsur patriotisme mahupun manusia sejagat.
Buku ini amat sesuai untuk bacaan setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja, warga pendidik, para pelajar dan individu yang ingin berjaya. Buku ini juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan, motivasi dan pencetus semangat dalam mencari kekuatan diri.
"Gurindam Bentuk Terikat terdiri daripada dua baris yang berpasangan dan rima setiap baris kebanyakkanya sama. Baris pertama sebagai syarat dan baris kedua sebagai jawapan. Isi kandungannya tersurat dan tersirat nasihat serta pengajaran.."
KANDUNGAN
1. Gurindam Pelajar 2. Gurindam Pelajar II 3. Aminuddin Baki 4. Anak Muda 5. Zero Defect 6. Tonggak Dua Belas 7. Lapangkan Masa Anda 8. Siapalah Guru 9. Gurindam Pekerja 10. Marilah Ketawa Menangani Tekanan 11. Tekanan Membuat Kita Lebih Matang 12. JikaOrang 13. Seuntai Kasih Secebis Harapan 14. Antara 1 dengan 10 15. KitaMinta 16. Pengetua Bestari 17. Insan Istimewa 18. Peminangan Puteri Gunung Ledang 19. Ramai Yang Suka 20. Kecelakaan Jalan Raya 21. Panglima Salleh Selempang Merah 22. Guru Sejati 23. 15 Sifat Terpuji 24. Skuad 69 PDRM Tetap Unggul 25. Melayu Hidup Biar Bermartabat 26. Guru Bestari 27. Dadah Oh Dadah 28. Masalah 29. Jaga Mulut Jangan Kalut 30. Pemimpin Cemerlang 31. Rokok Mengundang Padah 32. Tragedi Tsunami 26 Disember 2004 33. Keunggulan Peribadi 34. Anak Disayang Jangan Dimanja 35. Hijrah 36. Nur Amalina 17A1 37. Rukun Islam 38. Rukun Iman 39. Siti Nurhaliza 40. Keranamu Guru
|