|
Judul : Soal Jawab Kesihatan Seksual Mutlak Untuk Lelaki Pengarang : Dr. Ismail Tambi Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd Genre : Kesihatan Mukasurat : 236 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833372783
Sudah tiba masanya untuk lelaki mengetahui berkenaan seksual mereka. Tanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri mampu menjernihkan hubungan dengan pasangan.
Lelaki mempunyai masalah kesihatan tersendiri sama seperti kaum wanita yang juga ada masalah kesihatan mutlak yang mereka alami. Walaupun kewujudan masalah kesihatan mutlak lelaki dan perempuan atau masalah kesihatan Gender Based itu benar, kemudahan untuk pengendaliannya berbeza bagi kedua-dua jantina. Bagi lelaki, kemudahan kesihatan diberi secara am dan bagi wanita ia lebih teratur dengan pakarnya sekali. Lelaki juga memerlukan kemudahan yang sama di mana masalah kesihatan mutlak mereka perlu diberi perhatian oleh tidak kurang dari pakar kesihatan lelaki atau pakar sakit tuan atau andrologis. Ini masih belum wujud lagi.
Walau bagaimanapun, kemudahan bagi pengendalian kesihatan lelaki sudah dipertingkatkan. Kini, doktor peka dengan psikologi lelaki dan boleh memberi khidmat. Sudah tentu ia memuaskan. Yang penting, bagi lelaki yang mempunyai masalah kesihatan mutlak, mereka perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. Ini perkara mencabar kerana lelaki tidak seperti wanita yang agak peka dengan isu kesihatan dan terbuka untuk berjumpa doktor.
Lelaki hanya berjumpa doktor apabila dia betul-betul sakit atau terpaksa. Tetapi mereka agak terbuka bagi mendapatkan rawatan secara sendiri ataupun daripada individu yang tidak bertauliah seperti tukang urut, penjual ubat di tepi jalan ataupun mencuba ubat daripada kawan-kawan. Lebih-lebih lagi apabila mereka fikir masalah mereka itu perkara peribadi dan sukar hendak berbincang dengan orang yang tidak dikenali kecuali kawan rapat.
Masalah kesihatan yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mungkin menjejaskan kualiti hidup. Sedikit sebanyak ia mempengaruhi kemampuan dan fungsi syahwat. Apabila lelaki itu mengalami kelemahan daripada aspek fungsi kelelakiannya, baru dia terbuka hendak mendapatkan rawatan moden. Dia tidak lagi mencuba segala penawar yang ditawarkan oleh sesiapa.
Tujuan penulis memperkenalkan buku ini adalah memberi sedikit maklumat kesihatan lelaki dan isu sakit tuan. Dengan harapan, golongan lelaki tidak mensia-siakan kesihatannya dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang isu kesihatan mutlak lelaki dan menggunakan maklumat yang diketengahkan itu bagi menilai dan mengenali tahap kesihatan mereka dan keterbukaan mereka berjumpa doktor sekiranya masalah kesihatan mereka belum lagi dapat diselesaikannya.
Buku panduan ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada wanita yang ingin mengetahui aspek kesihatan mutlak lelaki. Ini kerana, dia akan berdampingan dengan lelaki dan hidup bersama lelaki apabila dia sudah berkahwin. Ke-mungkinan dia akan mempunyai anak lelaki. Si ibu tadi dapat menggunakan maklumat itu bagi membimbing anak lelakinya itu ke alam dewasa kelak.
Sebahagian besar daripada soalan dan jawapan yang dipaparkan di dalam buku ini dipetik daripada ruang kolum Sakit Tuan Harian Metro yang pernah disiarkan sejak lima tahun dahulu. Jadi, jawapan yang diberi berubah dari semasa ke semasa dan mengikut perkembangan teknologi perubatan dan kesihatan lelaki.
Penulis tiada bekalan lain kepada kaum lelaki Malaysia kecuali maklumat dan pengetahuan kesihatan mutlak mereka yang penulis harap dapat dimanfaatkan mereka sepanjang hayat. Akhir sekali penulis ingin dedikasikan buku panduan ini kepada keempat-empat anak lelaki penulis iaitu Mohd Rafeek, Mohd Dali, Muhamad Danial dan Muhammad Shafeeq. Semoga mereka menjadi lelaki perkasa.
Kandungan
Bahagian 1: Kesihatan Lelaki Unggul Pengenalan
Bahagian 2: Seksualiti Lelaki Pengenalan Disfungsi Seksual Lelaki (DSL) Masalah Kurang Keinginan Syahwat dan Daya Seksual Gangguan Keberahian Seksual Gangguan Pencapaian Orgasma atau Anorgasmia Dispareunia atau Sakit Semasa Melakukan Hubungan Kelamin Amalan Sihat ke arah Kesihatan Seksual yang Membina
Bahagian 3: Pengenalan Sakit Tuan Pengenalan Mengenali Anggota Seksual Kendiri Lelaki
Bahagian 4: Soal Jawab dengan Doktor Soal Jawab 1: Masalah Zakar Senget Soal Jawab 2: Masalah Testis Soal Jawab 3: Buah Dada Timbul Soal Jawab 4: Membesarkan dan Memanjangkan Zakar Soal Jawab 5: Tidak Mendapat Klimaks Soal Jawab 6: Sakit Angin Pasang Soal Jawab 7: Zakar Kecil Soal Jawab 8: Kencing Tidak Tus Soal Jawab 9: Zakar Gondol Soal Jawab 10: Zakar Membengkok Soal Jawab 11: Testis Besar Sebelah Soal Jawab 12: Cepat Terangsang Soal Jawab 13: Cepat Klimaks Soal Jawab 14: Kekerapan Hubungan Seksual Soal Jawab 15: Cecair Keluar Soal Jawab 16: Pancutan Air Mani Tidak Kuat Soal Jawab 17: Tompok Darah pada Air Mani Soal Jawab 18: Hubungan Kelamin Soal Jawab 19: Air Kencing Bercampur Darah Soal Jawab 20: Melambatkan Ejakulasi Soal Jawab 21: Alat Kelamin Kecil Soal Jawab 22: Suami Lemah Semasa Melakukan Hubungan Soal Jawab 23: Testis Lanjut Soal Jawab 24: Air Mani Cair Soal Jawab 25: Bengkak Alat Kelamin Soal Jawab 26: Air Mani Meleleh Soal Jawab 27: Kecederaan Urat Saraf Soal Jawab 28: Onani Sebelum Melakukan Hubungan Soal Jawab 29: Alami Mimpi Basah Soal Jawab 30: Masalah Kembung Soal Jawab 31: Masalah Cepat Ereksi Soal Jawab 32: Warna Merah Membangkitkan Rangsangan Soal Jawab 33: Kanser Buah Zakar Soal Jawab 34: Penjagaan Kesihatan Kesuburan Soal Jawab 35: Ubat Antigemuk Soal Jawab 36: Belum Dikurniakan Zuriat Soal Jawab 37: Hentakan pada Kemaluan Soal Jawab 38: Butir Kecil di Kedua-dua Belah Batu Zakar Soal Jawab 39: Dara Ataupun Tidak? Soal Jawab 40: Tidak Pernah Lagi Merasai Pancutan Air Mani Soal Jawab 41: Air Mani Berketul-ketul Soal Jawab 42: Rawatan Kesuburan Soal Jawab 43: Masalah Uretra Soal Jawab 44: Benjol pada Bahagian Testis Soal Jawab 45: Kerandut Zakar Mengeluarkan Air Soal Jawab 46: Masalah Organ Seks Soal Jawab 47: Zakar Tidak Tegang Soal Jawab 48: Air Mani Cair Soal Jawab 49: Onani pada Usia Muda Soal Jawab 50: Buah Zakar Lebih Kecil daripada Ibu Jari Kaki Soal Jawab 51: Saiz Zakar Kecil Soal Jawab 52: Hubungan Jenis Soal Jawab 53: Khayal Mengenai Seks Soal Jawab 54: Ari-ari Sebelah Kiri Sakit Soal Jawab 55: Bengkak pada Salur Air Mani Soal Jawab 56: Parut Berkedut Sekeliling Kepala Zakar Soal Jawab 57: Alat Sulit Tidak Normal Soal Jawab 58: Kerandut Zakar Ada Ketumbuhan Soal Jawab 59: Zakar Tidak Seimbang Soal Jawab 60: Ubat Kencing Tidak Tus Soal Jawab 61: Zakar Mengecil Soal Jawab 62: Zakar Bengkok dan ke Bawah Apabila Menegang Soal Jawab 63: Penggunaan Kondom Soal Jawab 64: Ikat Salur Peranakan Soal Jawab 65: Teknik Persetubuhan Soal Jawab 66: Gambir Sarawak Melambatkan Pancutan Soal Jawab 67: Nafsu Seksual Berkurangan Soal Jawab 68: Tahap Seksual Menurun Soal Jawab 69: Zakar Lemah Selepas Pembedahan Soal Jawab 70: Zakar Kecil, Mengecut, Pendek dan Lemah Soal Jawab 71: Jumlah Air Mani Sedikit dan Berketul-ketul Soal Jawab 72: Sengal pada Bahagian Zakar Soal Jawab 73: Masalah Salur Darah Soal Jawab 74: Senak pada Bahagian Zakar Soal Jawab 75: Amalan Senaman Sihat Soal Jawab 76: Penyakit Buah Pinggang dan Tenaga Batin Soal Jawab 77: Tidak Memakai Seluar Dalam Soal Jawab 78: Kerandut Zakar Kiri Kecil Soal Jawab 79: Cepat Tewas Soal Jawab 80: Urat Tersimpul Soal Jawab 81: Anggota Sulit Kecil Soal Jawab 82: Cepat Tewas dan Lemah Syahwat Soal Jawab 83: Testis Sebesar Telur Puyuh Soal Jawab 84: Lemah Tenaga Batin
Biodata Penulis
|