|
Judul : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan Pengarang : Md. Sidin Ahmad Ishak, Mohd Saleeh Rahamad Penerbit : Penerbit Universiti Malaya Genre : Ilmiah Mukasurat : 273 halaman Cetakan Kelima : 2008 ISBN : 9831000625
Buku ini membantu anda dari dua sudut. Yang pertama adalah untuk memahami dan menguasai peraturan serta prinsip-prinsip asas kenahuan yang melibatkan penggunaan imbuhan, kata, frasa, klausa dan ayat. Yang kedua pula adalah untuk memahami dan menguasai cara bagi menghasilkan kesan yang terbaik bagi setiap wacana yang dihasilkan, dan ini melibatkan penekanan tentang tujuan, gaya dan strategi bahasa.
Bagi mencapai kedua-dua tujuan tersebut, anda dilatih untuk memahami konsep-konsep asas tentang nahu dan gaya dan bagaimana bentuk-bentuk nahu dan gaya itu digunakan. Nahu bermakna peraturan yang menyusun bahasa dan ia merupakan cara orang bertutur dan menulis. Retorik pula ialah seni penulisan atau pengucapan yang berkesan iaitu yang memberikan tumpuan kepada gaya, strategi, bahan, dan khalayak.
Buku ini disusun dalam lapan bab. Bab pertama menghuraikan hakikat bahasa, khususnya bahasa Melayu dalam konteks, kesedaran, keindahan, kecelaruan, kegunaan dan kepelbagaiannya. Bab ini menekankan betapa pentingnya kesedaran terhadap bahasa yang kita gunakan sebagai alat penting untuk berkomunikasi. Bab Dua, Tiga dan Empat adalah tentang prinsip nahu dari segi kata, imbuhan dan ayat. Peraturan dan penggunaannya dihuraikan di sini secara terperinci dan terpilih untuk membantu anda memahami penggunaan yang gramatis dan penggunaan yang tidak gramatis.
Bab Lima, Enam dan Tujuh berfokus pada penggunaan dan persembahan elemen-elemen bahasa. Konsep-konsep kata, frasa dan klausa dihuraikan dalam hubungannya dengan aspek semantik, stilistik, dan retorik. Pemahaman tentang bagaimana kata berfungsi, bahasa figuratif dan bagaimana ayat berfungsi membolehkan anda memilih strategi yang paling sesuai dan paling baik bagi bentuk, tujuan, dan khalayak penulisan anda.
Bab akhir buku ini memberikan tumpuan pada aspek mekanik iaitu tanda baca. Seperti tulisan, tanda baca merupakan sirnbol-simbol atau karakter yang mempunyai peraturan, makna, dan gaya dari segi penggunaannya. la tidak dapat dipisahkan daripada bahasa bertulis. Tanda baca bukanlah sekadar peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana nahu tetapi lebih daripada itu ia merupakan seni yang perlu dikuasai untuk mendapatkan kesan penulisan yang terbaik. Buku ini disusun untuk kursus penulisan dan sesuai untuk para pelajar yang ingin menguasai bahasa bagi tujuan pengucapan dan penulisan. Pelajaran yang dikemukakan dalam setiap bab dapat dijadikan panduan supaya anda dapat menggunakan peraturan bahasa yang betul dan supaya anda berfikir untuk membuat keputusan terhadap gaya dan strategi yang paling sesuai bagi penulisan dan pengucapan anda.
Kandungan
Pengenalan
Bab 1 Hakikat Bahasa Kesedaran Terhadap Bahasa Keindahan Bahasa Kecelaruan Bahasa Kegunaan Bahasa Kepelbagaian Bahasa Laras Bahasa Bengkel Bahasa
Bab 2 Prinsip Penggunaan Kata Morfologi Pembentukan Kata Golongan Kata Bengkel Bahasa
Bab 3 Prinsip Penggunaan Imbuhan Beberapa bentuk Huruf Imbuhan Asing Dalam Bahasa Melayu Pengimbuhan Kata Majmuk, Rangkai Kata, Kata Ganda Hukum DM Bengkel Bahasa
Bab 4 Prinsip Pembinaan Ayat Ayat Dasar Ayat Tunggal Jenis Ayat Ayat Aktif Ayat Pasif Ayat Majmuk Ayat Terbitan Proses Peluasan Bengkel Bahasa
Bab 5 Bagaimana Kata Berfungsi Penggunaan Kata Konteks Prinsip Penggunaan Kata Denotasi Dan Konotasi Jenis Kata Gaya Forrnal dan Tidak Forrnal Bengkel Bahasa
Bab 6 Bahasa Figuratif Metafora Simili Alusi Personifikasi Ironi Sarkasme Hiperbola Imageri Bengkel Bahasa
Bab 7 Bagaimana Ayat Berfungsi Binaan Ayat Subjek Dan Predikat Ayat Biasa Dan Ayat Songsang Ayat Serpihan Ayat Tesis Dan Ayat Topik Ayat Kenyataan Dan Ayat Penilaian Gaya Ayat Ayat Bersiri Ayat Selari Ayat Seimbang Ayat Berhierarki Ayat Penegasan Strategi Ayat Membina Ayat Yang Berekonomi Ayat Segar Ayat Mudah Baca Beberapa Masalah Penggunaan Ayat Corak Ayat Dalam Perenggan Bengkel Bahasa
Bab 8 Tanda Baca Titik Koma Sengkang Sempang Elipsis Kolon Dan Semikolon Semikolon Tanda Soal Tanda Seru Tanda Kurung Kurungan Siku Tanda Kurung Dakap Tanda Petik Tanda Petik Tunggal Garis Miring Tanda Pengikat Penulisan Huruf Huruf Condong Bengkel Bahasa
Soalan Peperlksaan
Bibliografi
|