|
Judul : Teknik Menulis Ucapan Pengarang : Jeniri Amir Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Pengurusan Mukasurat : 265 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 983-3376-28-2
Buku ini berupaya menjadi petunjuk ataupun panduan praktis dalam penulisan pelbagai jenis teks ucapan. Panduan praktis itu berlandaskan teori ilmiah dan dipersembahkan dengan gaya bahasa yang segar dan lincah serta mudah diikuti.
Di negara kita, sudah banyak buku berkaitan bagaimana menyampaikan ucapan diterbitkan. Namun, belum ada buku berkenaan bagaimana menulis ucapan, seolah-olah menulis ucapan kurang penting berbanding menyampaikan ucapan. Sesiapa sahaja sukar hendak berhadapan dengan khalayak apabila diminta berucap. Justeru, persiapan termasuk penulis-an teks adalah penting dan membantu.
Menyedari kekosongan itu dan pentingnya buku berkaitan teknik penulisan ucapan, maka lahirlah buku Teknik Menulis Ucapan ini iaitu buku pertama seumpamanya di negara kita. Hasrat hendak menulis buku ini sudah lama terpendam sejak saya mula menulis ucapan lebih daripada 20 tahun lalu. Sejak pengalaman pertama menulis ucapan pada 1982, seorang demi seorang kemudiannya meminta saya menulis ucapan bagi pelbagai tujuan. Lalu saya terfikir, mengapa tidak dirakamkan pengalaman itu?
Buku ini berupaya menjadi petunjuk ataupun panduan praktis dalam penulisan pelbagai jenis teks ucapan. Panduan praktis itu dilandasi oleh teori ilmiah dan dipersembahkan dengan gaya bahasa yang segar dan lincah serta mudah diikuti.
Buku ini boleh digunakan oleh mereka yang perlu menyampaikan ucapan sama ada ahli politik, ketua jabatan, tokoh korporat, pegawai perhubungan awam, kakitangan sektor awam dan swasta ataupun mahasiswa dan pelajar sekolah serta sesiapa sahaja yang mahu mempertajamkan ucapan mereka. Buku ini menjelaskan pelbagai aspek menulis ucapan iaitu daripada menyelidik, mengolah hingga ke proses menyunting. Penekanan khas diberikan kepada strategi dan teknik retorik sebagai alat penting bagi memastikan ucapan itu hidup dan berkesan. Teknik retorik adalah penting dikuasai kerana itu adalah paksi ucapan walaupun perkataan retorik banyak disalah faham dan diberikan makna negatif.
Kandungan
Daripada Pengarang
Bab 1 Penulis Ucapan Persiapan Rapi Pendapatan Lumayan Kadar Bayaran Menjadi Jutawan Kepuasan
Bab 2 Persiapan Kuasai Ilmu Pengetahuan Menguasai dan Memahami Kuasa Bahasa Memahami Jenis-jenis Retorik Pendengar yang Baik Kemahiran Interpersonal Suka Bertanya Kritis dan Analitis Tekun dan Bulatkan Tekad Mahir Menggunakan Komputer Ketahui Akta Bertanggungjawab Menepati Janji Amanah Sentiasa Ingin Tahu Berani dan Gigih Bercita-cita Tinggi
Bab 3 Menggali Maklumat Korek Kepala Sendiri Gali Pengalaman Orang Lain Wawancara Lingkungan Akhbar dan Majalah Maklumat di Internet Ensiklopedia Buku Buku Petikan Buntu Idea Sumber dan Persoalan
Bab 4 Pelbagai Jenis Ucapan Ucapan Majlis Anugerah Ucapan Makluman Ucapan Perpisahan Ucapan Politik Ucapan Penghargaan Ucapan Nasihat Ucapan di Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen Ucapan Tahniah Ucapan Motivasi
Bab 5 Memancing Khalayak Jenis Pendahuluan Pendahuluan Petikan Pendahuluan Ringkasan Pendahuluan Penglibatan Peribadi Pendahuluan Latar Belakang Pendahuluan Harapan Menyatakan Syukur Pendahuluan Madah Pendahuluan Imbasan Lalu Memperkenalkan Tujuan Memuji Khalayak Kaitkan dengan Tarikh Pendahuluan Latar Belakang Watak Pendahuluan Lelucon Pendahuluan Gambaran Menceritakan Pengalaman Peribadi
Bab 6 Menstrukturkan Maklumat Menganyam Fakta Mencengkam Khalayak Membina Wacana Pengolahan Kronologi Mengadun Maklumat Peralihan Alat Perangkai Kreativiti
Bab 7 Merangkai Idea Pengulangan Kata Urutan Aksi ataupun Faktor Peralihan Masa Idea Persamaan Idea Bertentangan
Bab 8 Tema dan Fokus Ideologi Fokus Urutan Relevan
Bab 9 Tepukan Gemuruh Tukang Cerita Ucap Selamat Tinggal Tutup dengan Merumuskan Idea dalam Kandungan Tutup dengan Rayuan Supaya Tindakan Diambil Meninggalkan Tanggapan Positif Tutup dengan Visi ataupun Pandangan Masa Depan Penutup Ulangan Pendahuluan Penutup Terdekat Penegasan Semula Tujuan Tutup dengan Mengulangi Idea Pusat Penutup Anekdot Penutup Semula Jadi Penutup Pernyataan Langsung Penutup Kejutan Penutup Kata-kata Nasihat Penutup Soalan Penutup Petikan Langkah Konkrit Penutup Ucap Tahniah dan Syabas
Bab 10 Daripada Statistik ke Anekdot Statistik Kuasa Bukti Fakta Maklumat Anekdot
Bab 11 Daripada Contoh ke Perbandingan Contoh Penjelasan Analogi Kecindan Puisi Testimoni Madah Bestari Peribahasa dan Simpulan Bahasa Pantun Takrif Perbandingan dan Perbezaan
Bab 12 Bermain Retorik Triad: Kumpulan Bertiga Pengulangan Klausa Adverba Ulasan Penggunaan Kata Ganti Nama Berulang-ulang Merujuk Khalayak dengan Panggilan ‘Enak’ Berlawanan Keterbalikan Penamsilan Soalan Retorik Gunakan Bahasa Figuratif yang Sesuai
Bab 13 Ucapan Bergaya Latar Belakang Penyampai Sesuai dengan Khalayak Masa Sesuaikan dengan Tajuk, Isu dan Persoalan Gunakan Bahasa Lisan Diksi Citraan
Bab 14 Rahsia Stail Mudah Difahami Bahasa yang Menarik Kuasai Mekanis Penulisan Pastikan Ayat Tidak Terlalu Panjang Pelbagaikan Ayat Ungkapan yang Segar dan Bertenaga Ekonomis Ketepatan Pilihan Kata Bahasa Baku Elakkan Bahasa Bombastik dan Bahasa Teknikal Langsung Jitu dan Padat Bahasa Perlu Jelas Kesilapan Gaya
Bab 15 Urutan Pertautan Strategi Perenggan Berkesan Pelbagai Kaedah Tiga Komponen Pola Urutan
Bab 16 Menyemak dan Menyunting
Bab 17 Reka Letak Teks Jenis dan Saiz Tulisan Jarak Langkau Cara Menaip Reka Letak dalam Bentuk Puisi Kesan Bingkai Bullet Nombor Muka Surat Huruf Tebal Perenggan Tajuk dan Subtajuk
|