Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
USIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Pendidikan
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Rindu Ibu - Versi Santai
Busana Melayu Melaka Warisan Bangsa
Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan
Glosari Seni : Istilah Kesenian Melayu
Busana Melayu Serumpun
A-Z Sulam Jarum
Sejarah Bahasa Melayu
Seni Jahitan Pakaian Kanak-kanak
Cinta Fansuri
Dari Salina ke Langit Petang
>Koleksi / Direktori Penulis
Sort By:

Aminah Mokhtar

AMINAH MOKHTAR

Lahir pada 4 Oktober 1959, di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah, di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di peringkat STPM, beliau ditawarkan seabgai Jururawat Pelatih. Kemudian beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Kini beliau sebagai Jururawat Terlatih di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Univerisiti Malaya.
Sehingga kini Aminah telah menghasilkan enam buah novel, iaitu "Sekuntum Bunga Kasih", "Diari Seorang Jururawat", "Iman Markisa", "Bukan Dosa Bangsaku", "Dominasi Tebrau" dan "Semakin Dekat".
Bagi skrip drama radio pula Aminah telah menghasilkan 100 buah skrip drama yang diterbitkan oleh Radio 1 RTM dan skrip panggung drama sebanyak lima buah drama. Antologi cerpennya "Penawar" diterbitkan oleh Impianis Enterprise dan kumpulan puisinya "Semoga Cepat Sembuh" juga terbit pada tahun 2004.
Pencapaian dan sumbangan Aminah Mokhtar dalam memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu mewajarkan beliau menerima pelbagai hadiah sayembara. Antaranya, ialah tempat kedua Sayembara VII Esso-Gapena 1988, Hadiah Cerpen Perpaduan 1995 (Kategori Cerpen - "Semarak"), Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"), Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1999 (kategori cerpen - "Gerhana Manusia"), Anugerah Sri Angkasa - RTM 1999 (Drama Radio Terbaik - "Zulaikha Fitri"), Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"), Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Novel - "Diari Jururawat"), Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Drama Radio - "Sungai") Anugerah Kreatif PPUM 1999 (Sri Karyawan), Anugerah Formula Malaysia 2000 (Tempat Kedua, kategori Cerpen - "Keberangkatan ke Bintang"), Anugerah Sastera Perdana (Cerpen Eceran - "Gerhana Manusia"), Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori cerpen - "Ya Allah Dia Menangis"), Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori Puisi - "Jangan Sampai Kita Hilang Kota"), Anugerah Sri Angkasa - RTM 2001 (Skrip Drama Radio Terbaik - "Merah Ramadan di Baitul Muqqadis), Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 - (Kategori Puisi - "Yang Bernama Hati"), hadiah Sastera Darul Takzim 2001 (Drama radio - Tetamu Allah) dan Hadiah Sako ke - 3 (Novel - "Iman Markisa"), hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil 2002 (Kategori cerpen, tiga hadiah penghargaan "Erti Cinta Dr. Marianah", "Ahmad Muhammad" dan Kategori puisi - "Kolek Bonda"), Hadiah Sastera Darul Takzim 2002 (Kategori Novel Dewasa - Iman Markisa", Kategori Drama Radio - Merah Ramadan di Baitulmaqqdis) dan Peraduan Menulis Novel Alaf Baru 2001 dalam novelnya Dominasi Tebrau yang memenangi tempat pertama menggondol RM30,000.

Antara karya-karya Aminah Mokhtar:

Buku

Semakin Dekat 1
Semakin Dekat 1
RM16.90
Lagi tentang buku ini
Letak di troli belian
Semoga Cepat Sembuh
Semoga Cepat Sembuh
RM13.00
Lagi tentang buku ini
Letak di troli belian
 
[ 1 ]
Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2010. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us