annyss sophillea
0 kuantiti
Total Price:RM0.00
Nisah Haji Haron

- Lahir pada 20 April 1973 di Seremban, Negeri Sembilan.
- Menetap di Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.
- Anak sulung daripada 2 orang adik beradik.
- Mendirikan rumahtangga pada tanggal 22 Januari 2000
- Mempunyai empat orang puteri - Maisara, Suhaila, Insyirah & Salsabila
- Pernah bertugas sebagai Peguambela dan Peguamcara (1997 - 2006)
- Pernah bertugas sebagai peguam Syarie di Negeri Sembilan (1997 - 2006)
- Pernah mempunyai firma guaman sendiri - NISAH HARON & CO.
- Seorang penulis sepenuh masa; menulis karya kreatif, ilmiah dan rencana
- Setiausaha kehormat Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan. (2001 - 2003)
- Setiausaha Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) (2005 - 2007)
- Perantara rancangan GAPURA UJANA (wadah rasmi PEN di Radio Malaysia Negeri Sembilan
  mulai Disember 2002 hingga sekarang)
-
Pingat : Dikurniakan Pingat Masyarakat Cemerlang (PMC) oleh DYMM Yang Dipertuan Besar NS sempena Hari Keputeraan ke-84 pada 19 Julai 2006)

- Penulis yang diminati : David Eddings & J.R.R. Tolkien, Ahmad Patria Abdullah, Azizi Hj Abdullah

Anugerah Penulisan :

  • Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1991 : Atlantis, Duniaku Duniamu
  • Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1992 : Annyss Sophilea
  • Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993 : Anugerah Amariss
  • Pertandingan Cerpen Sempena Bulan Budaya Pulau Pinang–YTL – Berita Harian 1996 (Hadiah Kedua – tiada pemenang hadiah pertama) : Selagi Lading Masih Di Tangan
  • Hadiah Utusan-Public Bank 1996 (Hadiah Utama) : Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus
  • Sayembara Cerpen Esso-Gapena Ke-10 (Hadiah Pertama) : Persidangan Agung Wanita Klasik
  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 : Persidangan Agung Wanita Klasik
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000 (Hadiah Utama) : Impian Tsu-Ryi (Kategori Cerpen)
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – Exxon Mobil 2003 (Hadiah Kedua Novel Remaja) Mencari Locus Standi
  • Cerpen Annyss Sophilea, terpilih untuk bacaan wajib teks KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
  • Anugerah Penulis Remaja Negeri Sembilan 2004
  • Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 –
    • kategori cerpen (Persidangan Agung Wanita Klasik);
    • kategori esei (Memahami Hak Cipta Sastera);
    • kategori esei (Potensi Kedudukan Wanita Dalam Karya Sastera); dan
    • kategori novel (Mencari Locus Standi)
  • Anugerah Buku Bitara MBBY - kategori penulis (Hadiah Kedua) Farris Putera Yang Hilang
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005 : Tunggu Teduh Dulu : Citra Dakwah Islamiah Kontemporari (Kategori Rencana Sastera)
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006 : Pusaka Cendana (Hadiah penghargaan kategori cerpen remaja)
  • Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2007
    • kategori cerpen (Saksi Delima Sakti);
    • kategori cerpen (Pusaka Cendana);
    • kategori puisi (Ini Suara Wanita);
    • kategori puisi (Jika Benar Kau Harus Melangkah);
    • kategori esei (Tunggu Teduh Dulu : Citra Dakwah Islamiah Kontemporari);
    • kategori novel kanak-kanak : (Farris Putera Yang Hilang)
    • kategori kumpulan cerpen dewasa : (Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus)

Kumpulan Cerpen Persendirian
  • Lading Masih Di Tangan (Galeri Melora; 1998)
  • Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa; 2002)
  • Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu; 2006)

Novel :
  • Mencari Locus Standi (Utusan Publications; 2004)
  • Farris Putera Yang Hilang (MEP Education Consult, 2005)
  • Puisi Untuk Esdyzuar (Al-Ameen Serve, 2007)
  • Lentera Mustika (Novel bersiri : ANIQAH (mmp) mulai Mac 2006
  • Gapura Purnama (Novel bersiri : WANITA (Utusan Karya) mulai Okt 2007

Aktiviti Sastera :

  • Menyertai Minggu Penulis Remaja 1993
  • Mewakili Malaysia ke Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Esei, di Palembang pada 1 – 9 Ogos 2004
  • Perantara Rancangan GAPURA UJANA, Radio Malaysia Negeri Sembilan mulai Disember 2002-2003
  • Perantara Rancangan KURIK KUNDI MERAH SAGA, Negeri FM mulai April 2005
  • Mengendalikan bengkel penulisan dan ceramah-ceramah sastera dan penulisan kreatif
  • Ketua Fasilitator, Program Penghayatan Sastera & Budaya, Khidmat Negara (2004-2005)
  • Penyelaras Negeri (Negeri Sembilan), Program Penghayatan Sastera & Budaya, Khidmat Negara (mulai Februari 2006)
  • Tetamu "Motivasi Pagi" Terengganu FM mulai Februari 2006
  • Tetamu "Motivasi Pagi" Pahang FM mulai Januari 2007
  • Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Negeri Sembilan (2002-2005,2008)
  • Setiausaha Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan (2006-2007)
  • Membentangkan kertas kerja tentang puisi tradisional dalam hak cipta di Shanghai, China (Mei 2006)
  • Pembimbing Minggu Penulis Remaja (DBP) 2006 - Genre novel/cerpen
  • Fasilitator Minggu Penulis Remaja (DBP) 2007
  • Aktivis Sastera dan Bahasa Melayu
  • Aktivis Hak Cipta

Lain-lain :

  • Diterima masuk ke Malaysian Bar mulai 23 Mei 1998.
  • Pernah bertugas di firma guaman Nor Affiza & Co. selama 3 tahun sebelum membuka firma guaman sendiri Nisah Haron & Co. pada 1 Mac 2001.
  • Mendapat tauliah peguam syarie di Negeri Sembilan sejak tahun 1997.
  • Memegang jawatan Setiausaha Kehormat Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan mulai tahun 2001 – 2003
  • Banyak menulis artikel undang-undang untuk Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan makalah untuk Jurnal KANUN, Pemikir

Layari laman web beliau di  www.nisah.cjb.net

Dapatkan karya-karya Nisah di Ujana Ilmu.