Siti Zainon Ismail
Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Cinta Fansuri
Terusir
Advencer Si Peniup Ney
Laskar Pelangi
Parameswara Pengasas Empayar Melaka
Tunggu Teduh Dulu-FaisalTehrani
Sulaman Benang & Manik Labuci
Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968
Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Warkah-Warkah Melayu Lama
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
>Koleksi / Direktori Penulis
Sort By:

Siti Zainon Ismail

Siti Zainon Ismail

SITI ZAINON ISMAIL Pengkaji seni budaya warisan Melayu, adalah seniman penyair dan pelukis ini adalah puteri  kelahiran Gombak, Kuala Lumpur (18 Disember 1949). Berdarah keturunan Melayu - Minang - Batubara, Jawa - Banjar. Juga diasuh oleh 'ayah kedua' berketurunan Acheh-Patanni. Mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Langgar, Kota Bharu ( 1956- 1957-1961) dan seterusnya ke Sekolah Menengah Aminudin Baki (SAB), Kuala Lumpur (1962-1968). Beliau mengaji dengan abah dan 'ayah Mat' yang juga memberinya cerita wayang kulit. Di Kota Bharu juga beliau mula belajar mencolek kain batik. Di SAB beliau dilatih oleh guru senilukis Idris Haji Salam sehingga ia bergabung pula dengan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS, 1964-1968). Oleh minatnya kepada seni lukis beliau melanjut ke pendidikan seni di Institut Seni Indonesia (ASRI) jurusan Seni Lukis (1970-1973). Beliau merupakan pelajar seni lukis yang kerap memenangi Anugerah Sketsa Kartini (1970-1973). Selama di ASRI turut bergabung dengan Sanggar Dewata dan turut pameran keliling Jawa. Pada bulan Februari 1974 pulang ke tanahair bertugas sebagai Jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (1974-1976). Seterusnya sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976) dan lulus Sarjana Sastera (UKM. 1980). Ph.D (UM. 1992). Hingga kini masih mengajar di Pusat Bahasa. Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dalam bidang kepakarannya Seni Budaya Warisan (kursus Kesenian Melayu Tradisional. Pemerian Budaya Benda, Tekstil dan Busana Melayu, Sejarah dan Teori Penghayatan Seni, Penulisan Kreatif). Beliau juga adalah Felow Penyelidik ATMA (1995-1996) dan Pengarah Kebudayaan UKM (1996-1999). Sekarang adalah Profesor di UKM.

Seniman Penyair-Pelukis
Beliau adalah penyair pelukis wanita yang terus aktif. Kerap mewakili negara dalam membaca puisi, pameran lukisan dan seminar seni budaya seluruh tanahair dan juga di peringkat antarabangsa seperti di Filipina (1976). Bhopal. India (1985). Berlin Barat ( 1985, 2000) Soeul Korea (1986). Indonesia (Aceh, Bali, Jakarta. Jambi, Lombok. Makassar. Padang. Riau, Palembang, Yogyakarta 1983-1998). Thailand ( 1986,1989, 1990). Perancis (1986), Berlin (1986). London (1986,1990,1992), Australia(1993), Singapura(1990,1995), Hamburg (2000), Russia (2003). Begitu juga puisi-puisi dan cerpen beliau telah diterjemah ke pelbagai bahasa seperti BuIgaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdhu, Jepun, Perancis, Thai dan Russia.

Terbitan
 Penulisan Akademik : Jalur dan Warna (Fajar Bakti, 1985), Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi(DBP, 1986), Percikan Seni (DBP,1988), Lambang Sari Gamelan Trengganu (bersarna Harun Mat Piah, UKM, 1988), Tekstil Tenunan Melayu (DBP1994), Alam Puisi (DBP,1994), Busana Melayu Johor (Fajar Bakti 1997). The Tradisional Handicraft Design(DBP, 1997). Zikir Pelangi -The Rainbow ( Galeri Melora, 2000) dan enarn judul dalarn proses penerbitan.


 Penulisan Kreatif

Puisi: Nyanyian Malam (DBP 1976, 2003 ), Puisi Putih Sang Kekasih (UKM 1984), Perkasihan Subuh (Bulan Bintang. 1987). Dongeng Siti Kecil (Teks 1998), Daun-daun Muda ( 1986), Bunga-bunga Bulan (Creative, 1992). The Moon is a Candle(DBP, 1992), Ibunda -Mother (Unit Kebudayaan UKM, 1995). Taman-taman Kejadian (Galeri Melora, 1996)

Cerpen: Seri Padma (DBP, 1984), Attar Lembah Mawar (Marwilis, 1988), Bunga Putik Putih (DBP, 1991 ), Kampung Paya Kami ( Galeri Melora, 1998), Nyanyian Orang Laut (bersama Rahamad, Galert Melora 2000), Jurai Padma (DBP, 2000)

 Novel: Remang Flamboyan (Fajar Bakti 1995), Pulau Renek Ungu (DBP, 1996)


 Anugerah Hadiah Sastera Malaysia (puisi 1975,1976,1979,1983, 1985, 19891, Hadiah Maybank- DBP (cerpen 1996/97/98), S.E.A. Write Award ( 1989), Gelar Cut Nyak Fakinah (Lembaga Adat Aceh -MUI 1990), Anugerah Tan Seri Fatimah-Avon (1993), Pingat Jasa Kebaktian (Negeri Selangor, 1993), Prof Luar Biasa (Universitas Jabal Ghafur, 1996), Pingat Setia Mahkota Selangor (2002).

Laman Web

Buku

Bunga-bunga bulan
Bunga-bunga bulan
RM15.00
Lagi tentang buku ini
Letak di troli belian
Nyanyian Malam
Nyanyian Malam
RM10.00
Lagi tentang buku ini
Letak di troli belian
Piazza Di  Spagna
Piazza Di Spagna
RM20.00
Lagi tentang buku ini
Letak di troli belian
Witir Sela Merapi
Witir Sela Merapi
RM40.00
Lagi tentang buku ini
Letak di troli belian
 
[ 1 ]
Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us