Organisasi GAPENA
0 kuantiti
Total Price:RM0.00

GAPENA

GAPENA - Gabungan Penulis Nasional

A.  Pengenalan GAPENA

Mukadimah

Menyedari perlunya kegiatan dan gerakan secara kolektif dalam hal-hal penting yang melibatkan  penulis, penulisan dan kesusasteraan, maka persidangan wakil-wakil persatuan penulis yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 23 Oktober 1970 sebulat suara bersetuju menubuhkan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) sebagai penjelmaan cita-cita dan sikap penulisan dengan Perlembagaan yang tertulis.

Tujuan Penubuhan

1. Menyatupadukan penulis-penulis tanahair yang menulis dalam Bahasa Kebangsaan;
2. Mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan penulis;
3. Memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan cita-cita Gabungan;
4. Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka;
5. Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal iaitu Bahasa Melayu;
6. Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih di mana-mana sahaja dalam Malaysia dan luar negara, dan bagi menyempurnakan tujuan ini Gabungan bolehlah menubuhkan apa-apa entiti, syarikat, badan korporat atau yayasan; dan
7. Berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kegiatan Gabungan

1. Mengeluarkan majalah/lidah rasmi;
2. Mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkaya kesusasteraan dan ilmu pengetahuan;
3. Mewakili penulis tanahair dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan penulis di dalam:
 a. persidangan dan pertemuan-pertemuan penulis di dalam dan luar negeri;
 b. jawatankuasa-jawatankuasa dan lembaga-lembaga terutama sekali yang ada hubungan dengan bahasa dan kesusasteraan.
4. Menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat membantu golongan penulis;
5. Menjalankan langkah-langkah yang difikirkan patut dari semasa ke semasa, sesuai dengan cita-cita Gabungan.

 

Jawatankuasa Kerja GAPENA 2004/2006


Ketua Satu - Tan Sri Prof. Emeritus Dato' (Dr) Pendeta Haji Ismail Hussein
Ketua Dua - Prof. Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar
Setiausaha Satu - Prof. Madya Zainal Abidin Borhan
Setiausaha Dua - Prof Madya Dr. Hashim Ismail
Bendahari - Haji Hamzah Hamdani

Ahli Jawatankuasa:
Dato' Haji Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, Prof. Dr Hajah Siti Zainon Ismail, Haji Md Ismail Zamzam, Haji Osman Abu Bakar, Dato' Abdul Samad Maharuddin, Dato' Hj A. Aziz Deraman, Sdr. Amiruddin Md Hanafiah

Setiausaha Kerja Khas : Abdul Aziz Mohd Ali.
Setiausaha Sulit Kepada Ketua Satu : Zulkhairi Zainal
Pemeriksa Kira-Kira - Mohamad Yusof Abu Bakar, Jamudin Idris

Ketua Satu Badan Kerabat / Jawatankuasa Penuh

ASASI - Shaidun Haji Shaari
BAHASA - Datuk Haji Ismail Abbas
DPMP - Haji Saiyed Ahmad Abdullah
2PNP - Drs Haji Anuar Ahmad
IPM - Haji Mokhtar Yassin
KALAM - Jaafar Abdul Rahim
KEMUDI - Dato' Haji Abd. Samad Maharuddin
LEPAS - Dato' Haji Khairudin Arshad
LBM - Prof. Datuk Dr Abdul Latiff.Abu Bakar
PELITA - Dato' Haji Abd. Rashid Ngah
PEN - Haji Agus Salim Taib
PENA - Dato' Ahmad Sebi Abu Bakar
PENAMA - Datuk Othman Muhamad
PENTAS - Haji Osman Abu Bakar
PPJ - Dr. Gunawan Mahmud
PPK - Haji M. Husdaini Mamat
PPPBM - Abd. Aziz Mohamed
PPS - Prof. Madya Dr. Haji Sahlan Mohd Saman
PUTERA - Zainal Abidin Suhaili
PUSPA - Che Leh Che Ya
3P - Hj Muhamad Haron


Alamat :
Rumah GAPENA,
JKR 734, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

Tel : 03-21442412    Fax : 03-21410340
e-mel : melgape@pd.jaring.my 

 

Waktu pentadbiran penuh dilakukan pada hari kerja dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Semua urusan dan pertanyaan akan diuruskan, dapat juga ditinggalkan pesan melalui telefon, yang kemudiannya akan dijawab segera.

Maklumat Lanjut

1. Badan Gabungan

2. GAPENA 33 Tahun

3. Biodata Tan Sri Profesor Emeritus Dato’ Pendita (Dr) Haji Ismail Hussein