Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Cinta Fansuri
Terusir
Advencer Si Peniup Ney
Laskar Pelangi
Parameswara Pengasas Empayar Melaka
Tunggu Teduh Dulu-FaisalTehrani
Sulaman Benang & Manik Labuci
Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968
Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Warkah-Warkah Melayu Lama
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Iksep - Misi

 Misi IKSEP .

'Untuk menjadikan IKSEP sebuah badan yang kukuh dan berkesan dalam membuat kajian tentang semangat patriotisme dan menerapkan penghayatan semangat patriotisme atau setia negara ke dalam sanubari setiap rakyat Malaysia agar kedaulatan dan maruah agama, bangsa dan negara terjamin."

 

Rasional

Dari segi pengertian seperti inilah maka suatu kewajaran dapat ditampilkan mengapa IKSEP sesuai ditubuhkan dengan matlamat dan peranan yang mungkin boleh dapat kita pastikan. Di antara lain ialah :

a. Menyemaikan kesedaran bahawa sejarah adalah satu disiplin ilmu yang dinamik. Fakta sejarah perlu ditonjolkan sebagai wadah untuk dapat iktibar, dorongan, pengkayaan semangat di peringkat individu dan masyarakat, di samping sarjawajat, khususnya dari segi tradisi dan budaya bangsa kita.

b. Fungsi untuk melibatkan diri dalam segala arena dan hal ehwal antarabangsa setelah memahami bahawa sejarah dan peradaban Malaysia merupakan sebahagian daripada totalitas sejarah dan peradaban dunia.

c. Berperanan untuk memberikan makna (meaning) yang sebenar dan setulen mungkin apakah yang dimaksudkan dengan sejarah itu. Istilah 'kefahaman' sejarah dalam IKSEP di sini nampaknya relatif. Bahawa sejarah adalah suatu disiplin pendidikan yang mempunyai kaedah tersendiri untuk menganalisis dan boleh memberikan makna terhadap segala kehidupan zaman silam. Makna ini disentisiskan untuk kehidupan masa kini dan masa akan datang.

d. Dengan itu sejarah menjadi suatu mekanisme dan unsur penyedaran yang berterusan masa lepas dan masa kini, tidak terputus.

e. Menanamkan secara total dan serius bahawa sejarah merupakan suatu proses evolusi peradaban manusia yang kesinambungan sifatnya, tetapi sentiasa mengalami perubahan dan bersaling kait di antara satu sama lain. Kefahaman terhadap proses evolusi ini penting. Ianya boleh menjadi rangka kerja (frame work) untuk kita merangka sesuatu pada masa kini dari segi strategi, bagi masa hadapan.

f. Dengan fakta sejarah yang pelbagai ragam, IKSEP harus bersikap selektif dengan menumpukan kepada fakta sejarah yang murni, positif dan cemerlang sifatnya di dalam evolusi peradaban manusia.

g. Sentiasa menyedarkan bahawa sejarah adalah suatu proses tesis yang sentiasa mencari kebenaran dan ketulusan, berasaskan fakta dan bukti sahih. Memahami tentang kebenaran masa silam boleh memupuk sifat jati diri, identiti masyarakat, semangat kewarganegaraan dalam usaha membina keperibadian bangsa Malaysia.

h. Tanggungjawab menanamkan sikap toleransi dalam kepercayaan beragama, semangat sivik yang tinggi, kerukunan dalam kehidupan bermasyarakat, sifat kreatif hasil pengetahuan masa lalu dan sepertimana yang dialami peradaban manusia masa silam.

i. Untuk mentakrifkan sejarah sebagai suatu disiplin ilmuan sains sosial yang boleh dimanfaati untuk kehidupan manusia. khususnya di Malaysia, di dalam kerangka minda Melayu - yang baik dijadikan teladan; yang buruk jangan dicontohi.

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us