Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
ITNM
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
USIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Pendidikan
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Kekeluargaan Islam Menurut Al Quran dan Al Sunnah
Cinta Sang Ratu
Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah

IKSEP - Latar Belakang

IKSEP telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Mesyuarat MMKN bil. 5/94 pada 23 Februari 1994 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan dan merupakan sebuah syarikat yang tidak mencari keuntungan. IKSEP mula beroperasi pada 1 Jun 1994. Pelancaran rasmi IKSEP telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka bersama perasmian Konvensyen Kebangsaan Sejarah Malaysia pada 16 Ogos 1994 di Dewan Hang Jebat Pusat Ekspo, Ayer Keroh, Melaka. Idea penubuhan ini lahir setelah menyedari bahawa masih ramai rakyat negara terutamanya golongan muda yang tidak menghayati secara mendalam tentang sejarah warisan bangsa dan juga ramai yang tidak mempunyai semangat penghayatan patriotisme yang tulen kepada tanahair. Langkah ini adalah sebagai menyahut gelombang era globalisasi masa kini. Di samping itu juga, adalah tidak dapat dinafikan bahawa sejarah boleh dijadikan iktibar bagi mendidik masyarakat masa kini dan masa hadapan supaya mereka lebih mempunyai semangat dan penghayatan patriotisme yang tinggi kepada negara. Penubuhan IKSEP ini juga adalah selaras dengan resolusi Konvensyen Melaka Dalam Warisan Dunia yang telah diadakan pada bulan April 1993 di Melaka.

Bersempena dengan pelancaran IKSEP ini juga dari bengkel IKSEP telahpun diadakan pada 15 Ogos 1994 diikuti oleh Konvensyen Kebangsaan Sejarah Malaysia yang diadakan pada 16-18 Ogos 1994 bertempat di Air Keroh Country Resort, Melaka. Bengkel IKSEP dan Konvensyen Kebangsaan Sejarah Malaysia ini telah dihadiri oleh para akademik dan para sarjana-sarjana dan bidang-bidang ilmu, wakil-wakil dari Persatuan Sejarah Malaysia dan negeri-negeri. Wakil-wakil dari agensi kerajaan, badan-badan sukarela, pihak swasta dan lain-lain. Bengkel IKSEP dan Konvensyen ini telah sebulat suara menyokong penuh penubuhan IKSEP ini. Persatuan Sejarah Malaysia juga telah menyokong penuh penubuhan IKSEP ini.

Kerajaan Persekutuan telah mengiktiraf IKSEP melalui surat Y.A.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri kepada Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Zin bin Hj. Ab. Ghani, Ketua Menteri Melaka bertarikh 13 Jun 1995.

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2012. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us