|
Judul : Al-Amthal dalam Al-Quran Golongan Munafik Pengarang : Muhd Najib Abdul Kadir : Mohd Nazri Ahmad Penerbit : Utusan Publications & Distributors SDN BHD Genre : Agama Mukasurat : 162 halaman Cetakan Pertama : 2009 ISBN : 9789676122186
Kandungan
Bab 1- Perumpamaan Al-Amthal dalam Al-Quran Bab 2-Golongan Munafik dalam Al-Quran Bab 3-Amthal dalam Al-Quran tentang munafik
Al-Amthal dalam Al-Quran: Golongan Munafik merupakan hasil kajian penulis dengan mengumpulkan al-amthal tentang kaum munafik dalam al-quran yang mendedahkan keadaan, kepercayaan, sifat dan kelakuan, sikap terhadap islam dan umatnya serta sikap Islam terhadap kaum itu. Al-Amthal iaitu perumpamaan atau perbandingan didatangkan bagi tujuan memberi kefahaman, penerangan dan penjelasan dengan membandingkan sesuatu perkara ataupun keadaan yang dapat difahami oleh akal fikiran manusia. Penggunaannya meluas dalam pelbagai bahasa, terutamanya bahasa Arab yang menjadi pilihan dalam bahasa Al-Quran.
Al-Amthal dapat mendekatkan sesuatu gambaran atau hakikat sebenar supaya menjadi peringatan dan iktibar atau galakan dan dorongan kepada manusia. Ia merupakan satu uslub dakwah dan tarbiah yang efektif dan memberi pengaruh besar dalam jiwa manusia menerusi penjelasan dengan mengajak manusia berfikir tentang sesuatu. Di samping itu, ia merupakan suatu bentuk rangsangan yang dapat menarik manusia melakukan amar makruf dan mencegah nahi mungkar. Ia menepati peranan Al-Quran yang menjadi panduan dan sumber rujukan dalam semua aspek kehidupan, tepat dan sesuai untuk sebarang tempat dan suasana.
Siri ini juga direka untuk membuka ruang kepada perbincangan ilmu dan merungkai kekeliruan yang sering diketengahkan terutamanya berhubung ibadat dan tatacara kehidupan beragama. Huraiannya ringkas tapi padat, memudahkan kefahaman setiap lapisan pembaca.
|