0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Hadiah Sastera Utusan> Hadiah Novel Nasional

Alor Miang

Alor Miang
Judul : Alor Miang
Harga :
RM47.00
Nombor siri : 2342257
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Alor Miang
Pengarang : Ali Jusoh
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 573 halaman
Cetakan Pertama : 2012
ISBN : 9789676125507

Harga Biasa : RM53.00
Harga Ujana Ilmu : RM47.00


Hadiah Sako bagi Novel Nasional merupakan kesinambungan tradisi Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd bersama Kumpulan Utusan yang prihatin terhadap pembangunan sastera tanah air. Sayembara ini ditaja sebagai mengenang jasa tokoh penulis yang telah berjuang bersenjatakan ketajaman mata pena demi kemajuan negara dan jagat raya. Selumayan hadiahnya, sayembara ini berhasrat menampilkan karya-karya terunggul dan mutakhir.


ALOR MIANG

"MERDEKA!" Tertubuhlah sebuah negara yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Gegak-gempitalah seluruh pelosok negara oleh tempikan keramat itu. Tua muda, lelaki perempuan dan kecil besar tidak seorang pun yang terkecuali meraikannya. Alor Miang tidak terlpas. Gegarlah kampung nelayan itu dengan laungan merdeka oleh penduduknya yang hanya tahu merdeka maksudnya Inggeris sudah pergi dan komunis sudah kalah. Lain daripada itu, hanyalah jalan raya, balai raya, api elektrik, dapat tanah, pilihan raya, telaga simen dan macam-macam lagi yang tidak pernah mereka lihat mahupun dengar.

Dan hari ini Alor Miang ada ceritanya tentang merdeka, ertinya juga.