|
Judul : Anak Belantara Pengarang : Azizi Abdullah Penerbit : Ameenbooks Genre : Novel Mukasurat :257 halaman Cetakan Pertama : 2011 ISBN : 9789673620722
Batang-batang balak yang bergelimpangan berculang-caling - dirasanya seperti satu petaka menimpa penduduk Uma Bawang - umpama mayat-mayat mereka yang bergelimpangan. Jeritan gergaji yang memotong pokok, dirasanya seperti memotong kaki penduduk Uma Bawang.
"Anak aku sudah mati. Semua orang kata dia ditimpa balak kerana tidak berhati-hati memasang jerat. Tapi adakah pokok itu yang tumbang atau ditumbangkan? Dalam sejarah Uma Bawang, tidak ada yang mati kerana ditimpa pokok!"
“Kau beli untuk kemusnahan. Kami pertahan untuk hidup!” demikian intikata Uloi Jau
“Buah ciku minyak kelapa Semut berkumpul di atas lantai Kata itu banyak makna Maksud tersimpul payah dirungkai.” –muka surat 99
Menaiki pesawat dari KL ke Kucing, kemudian ke Marudi, menaiki bot laju merentasi Sungai Baram, panjat tebing sungai dan bermalam di rumah Omang Joi, Penghulu Kaum Kayan di belantara Uma Bawang untuk menemui Penan di tengah belantara. Demkian penulis Azizi Hj Abullah ketika memperoses novel ANAK BELANTARA ini.
Sebuah novel menyintai dan mempertahan alam sekitar.
Kandungan
Di Sungai Baram Bersama Abang Belantara Adalah Dunianya Di Hutan Tropika Bersama Paran Kusil,Jali Ding Apabila Angin Menyipi Muka Ke Rimba Tropika Lagi Resah MulaTerasa Melarikan Diri Hutan Batu Bata Mencari Rezeki di Kota Mencari Makna di Sebalik Kata Sertai Mesyuarat Pengajaran Mula RasaTersepit Bersama Mariam Kampung Jadi Berasap Ditahan Polls Kembali Akhirnya Igauan Hari Pertama Mesyuarat Tergempar Bantahan Sendirian Memulakan Benteng
|