0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> ITBM

Anak Mat Lela Gila

Anak Mat Lela Gila
Judul : Anak Mat Lela Gila
Harga :
RM20.00
Nombor siri : 4731133
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Anak Mat Lela Gila
Pengarang : Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)
Penerbit : Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
Genre : Novel
Mukasurat : 184 halaman
Cetakan Pertama : 2012
ISBN : 9789830689609

 

Anak Mat Lela Gila pertama kali diterbitkan pada tahun 1960. Ia mengisahkan seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung- suka membersihkan laman masjid namun tidak pernah menjengah ke dalamnya. Novel yang dibelai dengan penuh perhatian ini terkandung banyak maksud tersirat. Ishak Haji Muhammad secara halus menyampaikan kritik sosial melalui karya ini dengan gaya bahasa lama yang mudah untuk difahami.

Walaupun novel ini dihasilkan 40 tahun yang lalu, namun Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako seperti sudah tahu penyakit yang akan dihadapi oleh generasi akan datang. Kebanyakan isu-isu masyarakat yang diketengahkannya adalah malar segar dan masih berlaku sehingga ke hari ini lalu dapat kita rasakan pemikiran Pak Sako merentasi zamannya.