0 kuantiti
Total Price:RM0.00
>Penerbit UKM

Aspek Nahu Praktis Bahasa Melayu

Aspek Nahu Praktis Bahasa Melayu
Judul : Aspek Nahu Praktis Bahasa Melayu
Harga :
RM35.00
Nombor siri : 4141120
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Aspek Nahu Praktis Bahasa Melayu
Penyunting : Zaharani Ahmad
Penerbit : UKM
Genre : Esei
Mukasurat : 302 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9679427668



    Bahasa adalah sesuatu yang bersistem dan berperaturan. Dari sudut ilmu linguistik, peraturan yang megnawal sistem kebahasaan itu dikenali sebagai nahu atau tatabahasa. Bahasa juga adalah entiti yang hidup dan sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan dan peningkatan peradaban manusia penuturnya. Perkembangan ini menjadikan bahasa semakin kompleks dan rencam. Pengkajian nahu wajar dilakukan secara berterusan agar pendeskripsiannya bersifat kontemporari dan semasa.

    Nahu Melayu yang sedia ada didapati bersifat preskriptif dan menanggapi bentuk-bentuk yang tidak menepati pola umum sebagai menyalahi peraturan nahu, walaupun penggunaannya amat luas dan produktif sekali. Pendekatan ini bertentangan dengan disiplin linguistik sebagai satu bidang sains yang mementingkan objektiviti. Nahu praktis adalah nahu yang bersifat deskriptif yang menghuraikan sistem dan peraturan kebahasaan berdasarkan penggunaan sebenar bahasa seperti yang dipraktiskan oleh penuturnya dalam pelbagai konteks dan wacana penulisan. Penghuraian nahu praktis berteraskan data korpus berkomputer yang kontemporari dan autentik sifatnya.

    Nahu praktis dapat dianggap bersifat mesra pengguna kerana huraian nahunya berdasarkan bahasa alamiah yang menjadi resam penggunaan masyarakat terbanyak. Selain daripada bersifat deskriptif, nahu praktis juga menjelaskan perilaku kenahuan secara teoretis dengan menggunakan pendekatan eklektik yang menerapkan beberapa teori linguistik semasa seperti teori generatif, semantik kognitif, relevan dan wacana. Setiap perilaku nahu yang terdapat di dalam korpus akan diberi perhaian dan dianalisis secara saksama dan ini termasuklah bentuk atau pola yang sebelum ini dianggap sebagai menyalahi peraturan nahu Bahasa Melayu.

    Buku ini tidak mendeskripsikan semua aspek kenahuan bahasa Melayu dan penumpuan hanya diberikan kepada aspek nahu yang dianggap bermasalah dan menimbulkan persoalan dan kekliruan kepada pengguna bahasa Melayu. Nahu bermasalah ialah nahu yang memperlihatkan percanggahan antara peraturan yang dipreskripsikan dengan penggunaan yang dipraktiskan. Setiap aspek kenahuan yang dikenal pasti sebagai bermasalah ini akan diteliti secara menyeluruh dan mendalam.

ZAHARANI AHMAD, Ph.D, adalah Profesor Madya dan pensyarah linguistik di Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia dan bidang tujahan beliau adalah fonologi dan morfologi.


KANDUNGAN

Prakata
Senarai Jadual dan Rajah

Bab 1    Data Korpus dan Nahu Praktis (Zaharani Ahmad)

Bab 2    Pangkalan Data Korpus DBP : Perancangan, Pembinaan dan Pemanfaatan
    (Rusli Abdul Ghani, Norhafizah Mohamed Husin, Chin Lee Yim)

Bab 3    Bahasa Sasterawan dan Bahasa Awam (Rusli Abdul Ghani)

Bab 4    Prosedur Penjanaan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka
    (Noriha Basir, Anida Sarudin)

Bab 5    Pengimbuhan Memper-kan dengan Kata Adejtif (Zaharani Ahmad)

Bab 6    Pengimbuhan Men- dengan Kata Dasar Satu Suku Kata (Zaharani Ahmad)

Bab 7    Imbuhan MeN- dan Variannya (Zaharani Ahmad)

Bab 8     Pemisahan Objek dengan Kata Kerja Transitif MeN-kan
    (Zaharani Ahmad, Mohd Ra'in Shaari)

Bab 9    Kata Kerja Transitif Tanpa Objek (Mohd Ra'in Shaari)

Bab 10    Kata Bantu "Akan" (Idris Aman)

Bab 11    Kata Pemeri "Adalah" dan "Ialah" (Idris Aman)

Bab 12    Kata Ganti nama "Ia" dan "Ianya" (Nor Hashimah Jalauddin)

Bab 13    Kata Ganda Bilangan (Nor Hashimah JalaludiN)

Bab 14    kata Preposisi "di antara/antara" (Imran Ho Abdullah)

Bab 15    Frasa Sendi Nama "di atas" dan "di bawah" (Imran Ho Abdullah)

Bibilografi
Indeks