0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Puisi> Kumpulan Puisi

Balada Pyanhabib

Balada Pyanhabib
Judul : Balada Pyanhabib
Harga :
RM25.00
Nombor siri : 4731127
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Balada Pyanhabib
Pengarang : Pyanhabib
Penerbit : Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
Genre : Kumpulan Puisi
Mukasurat : 178 halaman
Cetakan Pertama : 2012
ISBN : 9789830688961



woo, macha!
ada pihak yang sibuk menjerit untuk mempertahankan fakta sejarah sebagaimana ia tercatat dalam buku teks sejarah sekolah, kini menjerit lagi untuk memadam dan menyembunyikan fakta sejarah yang disentuh dalam novel interlok. lihat, betapa hipokritnya mereka.

itu maniam, interlok punya dalam punya watak, itu jam ada tulis india selatan juga ada mari. itu jam itu maniam sangat seronok pulau pinang punya tempat ada sampai. maniam gembira ini tanah melayu negara tidak ada kasta, ini tanah melayu negara muhibah, negara aman damai, tetapi ada pihak mahu kasi bakar!

itu orang ada faham interlok punya dalam punya cerita? satu buku punya pasal satu negara you mahu kasi bakar? cit! itu jam, itu buku kasi tulis, you punya huruf sama you punya pangkal nama belum wujud lagi, tahu? kerana satu-dua 'pariah' dalam itu buku, you ajak satu kaum main bakar-bakar satu negara, cit!

saya syak you punya niat tak ada murni, you bikin wayang, ada dalang sama you punya belakang!

2011
14 januari 2011
"dibacakan dalam himpunan protes pembakaran novel interlok di rumah gapena pada 15 januari 2011


Nota kecil Pyanhabib

1973: Saya bercita-cita menjadi penyair, bercita-cita menjadi orang yang menulis puisi. Ini cita-cita di usia 15 tahun saya, cita-cita zaman saya berkongsi bergilir-gilir membaca akhbar Utusan Zaman bertulisan jawi di kedai runcit di kampung, selain berebut helaian muka surat untuk membaca komik Tarzan dan Mandrake juga Nancy.

Tanpa 'sekolah dan buku' saya memasang niat, 'puisi karya sendiri disiarkan akhbar - walau hanya sebuah - untuk kepuasaan seumur hidup'. Melihat-membaca puisi-puisi yang menempel dalam ruangan cerpen dalam akhbar bertulisan jawi itu mendorong saya bercita-cita menjadi penyair.

1975: Untuk menjadi penyair dan menulis puisi tidak semestinya datang ke Kuala Lumpur, tetapi saya telah datang ke Kuala Lumpur untuk menulis puisi dan menjadi penyair, hah ha! Dan, Anak Alam telah mengajar saya bagaimana menikmati hidup yang terbentang ini dan saya menikmatinya, sungguh.

Lebih nikmat apabila sebuah puisi pendek tanpa tajuk yang saya tulis pada tahun 1975 dan menaipnya menggunakan mesin taip Olivetti milik A. Latiff Mohidin di kamar Latiff di Anak Alam pada 1976, disiarkan oleh Usman Awang (SN, Datuk) dalam Dewan Sastera pada tahun 80-an.

2012: 'Salam brother, apa khabar? Saya ada hajat besar, mohon brother bagi koleksi sajak brother, ITBM terbitkan, boleh ya brother, please ... Boleh ya!' Saya dikejutkan mesej daripada Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd. Khair Ngadiron, pada 26 Januari, pukul 21:21:02.

Ini adalah tahun ketiga Mohd. Khair meminta puisi-puisi saya untuk ITBM terbitkan. Saya berat had, tetapi saya rasa terberhutang dengan beliau yang rupanya telah menjejaki saya sejak pembacaan puisi solo saya di Auditorium DBKL tahun 1989, sejak saya telah pun menerbitkan buku puisi secara indie dan ITNM (ITBM) belum lagi wujud.

'Steady ya brother, kongsilah rasa brother demi kemanusiaan, kita bagi Sinaganaga buat reka bentuk (dan tambah rezeki sikit-sikit) ... terima kasih brother atas kesudian mempertimbang idea ini. Ingat brother, satu manusia satu suara!' - Khair, 26 Januari 2012, pukul 21:57:55.

Selepas hampir sebulan menyelongkar semula helaian kertas sajak yang tersorok tersadai di sana sini, maka, inilah sebahagian sajak yang ditemui, dan inilah hasilnya.

Pyanhabib.


Kandungan

suara
di bawah terik siang hari
senja
catatan sebelum tidur i
luka
ombak
layar
cacatan sebelum tidur ii
seloka
payung
warung
sayur bahasa
tentangmu
gua
27 mei sebuah memori
memori
dan tiba-tiba saja
sketsa hujung hari minggu
di taman-taman kubiarkan abadi
salam
pengabadian


belukar
surat cinta
taman
mari kita bercinta
perawan
permainan harimau
... nah !
ketika matahari hampir terbenam
kopi o blues i
ngilu
lengang
saraf luka
dari dalam kamar
lapar
blues ii
puisi-puisi luka
adalah dia
mereka penyair
12:14 waktu pejabat
susila


puisi berahi
catatan sebelum tidur iii
semadi i
semadi ii
monolog seekor haiwan
duka omaira
kota kenangan
guling
keberangkatan
bapakku seorang YB
anarkali
cheap sale
penyair dan harga puisi
kerdip hari lahir
kerling
doa
kuku jari
midnight blues
syok yang
hello Malaysia, apa khabar?
bahtera Nuh
wangi perempuan
sebermula
rahsia lekuk bumi
bilah pilu
sarafku
rindu
kalau ia
direnung maut
bilah-bilah dinihari

berahi abadi    
mukadimah Mandeliar @ pancing undi
seharusnya aku menulis surat cinta
sang penyair    
ayah dan segenggam tanah    
antara labu dan berangan    
kisah seorang gadis    
gadis dan burung    
di gurun pasir    
ceritanya tak best!    
catatan kecil seorang kuli tinta    
apabila itu tandanya    
surat kepada tuan pee emm    
woo, macha!