0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Koleksi / Direktori Penulis> Siti Zainon Ismail

Bijak Si Katak Bijak

Bijak Si Katak Bijak
Judul : Bijak Si Katak Bijak
Harga :
RM30.00
Nombor siri : 4731124
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Bijak Si Katak Bijak
Pengarang : Siti Zainon Ismail
Penerbit : Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
Genre : Kumpulan Puisi Kanak-kanak Berilustrasi
Mukasurat : 107 halaman
Cetakan Pertama : 2012
ISBN : 9789830688787


* Buku ini bersaiz 10 inci x 7 inci dengan ilustrasi yang disediakan oleh penyair pada setiap puisi.


Selepas Siti Zainon Ismail menghasilkan buku bergambar "Kasih Bonda - Kampung Paya Kami" (2009) dan 100 Pepatah Petitih Melayu (2010), ada kesakan lain muncul, iaitu cerita binatang yang disukai pengarang, iaitu melihat katak melompat.

Pesan neneknya, "Katak itu banyak tempurung. Ia tidak tinggal lama di dalam satu tempurung, hanya sembunyi daripada musuh atau berlindung daripada hujan, siang dia melompat lagi. Berteduh lagi dengan mencari tempurung untuk berlindung." Pengarang terfikir betapa bijaknya katak, bukan seperti bidalan lama hanya bagai "katak di bawah tempurung".

Katang hanya lambang; untuk anak-anak kita menjadi bijak, suka belajar, menulis, dan membaca. Katak juga melalui kehidupan, berkebun, memancing dan bercita-cita ingin terbang. Semua katak dalam cerita ini, dilukisnya berbaju cara Melayu, memakai sarung, baju kurung, bersongkok, bersanggul serta turut belajar silat dan menari piring. Inilah kehidupan budaya warsan yang mengalir dalam cerita Bijak Si Katak Bijak oleh Siti Zainon Ismail, pelukis dan penyair wanita Malaysia.