0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Pengurusan

Brontok

Brontok
Judul : Brontok
Harga :
RM29.00
Nombor siri : 2342229
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Brontok
Pengarang : Norbi Husin
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Motivasi
Mukasurat : 386  halaman
Cetakan Pertama : 2008
ISBN : 978967612141x



PENDAHULUAN

Konsep penulisan Brontok masih sama seperti buku-buku saya sebelumnya iaitu merakamkan pengalaman saya dalam bidang kerjaya yang amat saya cintai ini. Jika buku pertama saya (berjudul Asam Pedas Gula Melaka) merakamkan pengalaman saya semasa memegang jawatan pengetua sekolah dan buku kedua pula (berjudul Gurukah Aku Atau...?) merakamkan pengalaman saya semasa menjadi pelajar dan kemudian menjadi guru, Brontok pula merakamkan pengalaman saya semasa bertugas sebagai Ketua Sektor Pengurusan Akademik di Jabatan Pelajaran Negeri.


Sebagai Ketua Sektor Pengurusan Akademik di JPN, tanggungjawab saya amat besar. Selain daripada menjayakan setiap dasar Kementerian Pelajaran, saya juga bertanggungjawab memastikan setiap projek kementerian yang diturunkan ke sekolah-sekolah dapat dilaksanakan oleh warga sekolah dengan jayanya.


Bagi menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), semua pentadbir dan guru seharusnya dapat menterjemahkan PIPP ini dalam bentuk program dan aktiviti pendidikan di peringkat sekolah. Lantaran itu kami kerap membuat pemantauan dan penyeliaan ke sekolah bagi memastikan PIPP difahami, dihayati dan dilaksanakan.


Melalui pemantauan dan penyeliaan yang dibuat di sekolah, saya dapat melihat bagaimana pentadbir sekolah mengurus sekolah dan guru-guru mendidik pelajar.


Memang banyak yang dapat dilihat. Ada yang boleh dijadikan contoh dan ada juga sebaliknya. Daripada sinilah timbulnya ilham saya untuk melahirkan Brontok.


Brontok ditulis dalam bentuk cerita pendek atau episod yang dipetik daripada sesuatu peristiwa yang dilihat. Semua cerita dan episod yang ditulis disusun mengikut kronologi agar pembaca dapat mengikuti ceritanya dari awal hingga ke akhirnya. Oleh sebab itu setiap cerita ada kaitan antara satu sama lain.

Saya berharap Brontok dapat menyuntik semangat pembaca dan melalui cerita dan episod yang dirakamkan boleh dijadikan iktibar.

"Satu perjalanan yang jauh dan lama seharusnya menem-puh pelbagai dugaan dan untuk sampai ke garisan penamat, kita haruslah kuat dan tabah menghadapinya."



ISI

Pendahuluan Penghargaan
1. Malas ke Pejabat
2. RiakWajah
3. Pegawai Macam Guru Pula!
4. Mula seronok Bekerja
5. Bodoh Sombong
6. Menelan Sebili Pil
7. Hang Tuah Apanya?
8. Kuat Melawan!
9. Apakah Maksud Senyumannya?
10. Kerajaan Kita Ni Baik!
11. Serta Merta Pening Hilang
12. Macam Belalang
13. Jangan Mengajar Itik Berenang
14. Mintanya Macam-macam
15. Tiga S
16. Cerita 40 Tahun Dahulu
17. Saya Menceceh Terus...
18. Anak Bujang
19. Tak Sabar Rasanya Menunggu!
20. Benda Yang Lain Tu Apa?
21. Kasihan Ami an
22. Siapakah yang Bermasalah?
23. Wanita Melayu Itu
24. Naik Tocang
25. Mudahkan Orang Bawah Bekerja
26. Rembatlah
27. Murid Separuh Botak
28. Kejutan Rahmat!
29. Degup Jantung Bertambah Kencang
30. Saya Pun Salah Juga
31. Lemau
32. APC dan Air Mata
33. Sebiji Kek
34. Seksanya Pagi Itu
35. Mana Cukup Cek Oi!
36. Cermin Kecil
37. Mereka-reka Cerita!
38. Kerana Head-Count!
39. Pi Mai Pi Mai Tang Tu Juga!
40. Wajah-wajah Yang Dirindui!
41. Saya Sudah Tidak Siuman?
42. Siapalah Yang Tidur Itu!
43. Kasihan Pemandu!
44. Baru Ummp!
59. Mematikan Soalannya!
60. Siapa Majikan Kamu?
61. Apa Pula Fokusnya?
62. Tak Sampai Hati Melihatnya...
63. Kalau Marah Terserahlah...
64. Yang Mana Satu?
65. Maharaja Bogel
66. Bengang Saya Dibuatnya
67. Tidak Ada Dalam Perlumbaan!
68. Geram
69. Adegan
70. Pengalaman Baru!
71. Menghitung Hari
72. Tuan Sulit!
73. Teringat Encik Telus!
74. Bertuah Mendapat Anak-anak Begini!
75. Pening Lalat
76. Teringat Cerita Nujum Pak Belalang
77. Saya Macam Nak...
78. Banyak Pantang Larangnya!
79. Tukar Lagi?
80. Asyik Tertangguh
81. Rezeki!
82. Ego
83. Seronok Berbual dengan KPPM!
84. Bercuti Di Bukit Tinggi
85. SMS
86. Lega
87. Macam Mana Jadi Cikgu Kalau Macam Ni?
88. Quran Buruk
89. Dua Alam
90. Doa
91. Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
92. Kebencian yang Mendalam
93. Orang Atas Orang Bawah
94. Puas
95. Brontok
96. Cakap Serupa Bikin
97. Bergaya Habis
98. Terkenang
99. Mahukan Perhatian
100. Ucapan Sempena Majlis Send-off (Sedutan Ucapan)
101. Keberangkatan
102. Rembulan yang Pergi

Biodata