Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
ITNM
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
USIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Pendidikan
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
1515
>Esei

Catatan

Catatan
Judul : Catatan
Harga :
RM36.00
Nombor siri : 4443132
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Catatan
Pengarang : Latiff Mohidin
Penerbit : Maya Press
Genre : Kumpulan Jurnal
Mukasurat :397  halaman
Cetakan Pertama : 2010
ISBN : 9789832737476



Bagaikan kuisan-kuisan berus yang kasar dan halus, silang-menyilang di permukaan kanvas - tak perlu siap atau disiapkan; begitu pulalah tulisan Latiff Mohidin lewat catatan ini. Biarpun berkisar sekitar pengalaman harian serta ditulis secara ringkas dan bersahaja, kita seolah-olah digamit supaya mengikuti beliau menelusuri pelbagai cabang sastera, baik lokal maupun global, di samping mengenal sosok-sosok sastera sasterawan tersohor.

Catatan Latiff Mohidin ini bukan sekadar bernostalgia tentang dunia sastera dan seni seputar tahun 70-an, malah secara jujur dan bermaruah memaparkan pandangan, gagasan, serta harapan beliau terhadap hala tuju dan tradisi kecemerlangan kususasteraan Melayu. Dengan menekuni catatan ini, minda kita diajak berfikir supaya bersama-sama terus membajai dan mewarnai pelbagai cabang sastera tanah air.



KANDUNGAN

Haluan Kata
1 Sastera Umum
2 Sastera Lokal Sastera Luar
4 Bahasa
5 Pantun & Pepatah
6 Puisi Umum
7 Puisi Khas
8 Puisi LM
9 Teater & Filem 
10 Seni & Budaya 
11 Peribadi


HALUAN KATA

BERMULA DARI TENGAH
Segala Catatanku ini kumulai dari tengah, bukan dari awal atau pangkal supaya aku bisa mundar-mandir di dalamnya - menoleh ke kiri ke kanan, melihat ke atas ke bawah, atau melompat; berjalan di sekitar pusatnya. Kalau terkurang, kutambahi; jika terputus, kusambung; yang tersimpul, kuungkai.

Demikianlah, Catatanku ini kudekati dan kulangkaui; kuasak, kuperah, kutebarkan hingga menguncup, mengembang. Kadangkala... kusebat, kukritik; kuselongkar minda sendiri.

BUKAN SENI SAMBILAN
Padaku, menulis Catalan ini bukan suatu seni sambilan, melainkan sualu seni utama. Meskipun kukerjakan dalam keadaan dan waktu tenang, tak perlu kucoret dengan kalimat yang panjang atau dalam susunan ayat yang sempurna; tak perlu siap atau kusiapkan.


SEBUAH BUKU CATATAN
Sebatang pena, sebuah buku Catalan; selebihnya ialah keresahan hidup seharian.

KAWAN DAN TEMAN
Kalau sketsaku itu kawan akrab lukisan, maka Calatanku ini ialah teman karib tulisan.

KEPADA DIRI SENDIRI
Catatanku - semua ini - seperti bercakap kepada diri sendiri, sambil mengingati detik waktu dan ruang yang tidak akan kembali.


 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2012. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us