0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Koleksi / Direktori Penulis> Azizi Hj. Abdullah

Daerah Beta

Daerah Beta
Judul : Daerah Beta
Harga :
RM45.00
Nombor siri : 2122125
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Daerah Beta
Pengarang : Azizi Haji Abdullah
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 394 halaman
Cetakan Pertama : 2009
ISBN : 9789834603465


Ketenangan perkampungan baharu ini mula tergugat.
Kematian misteri penduduk kampung semacam mangsa pembunuhan bersiri.
Malah bayi dalam kandungan juga menderita; lahir tidak cukup bulan atau
lahir dalam kecacatan. Dalam tertanya-tanya, penduduk kampung dikejutkan
dengan tunjuk perasaan penduduk kampung sebelah pada suatu tengah malam.

    "Kami bantah!!!"jerit kumpulan di sebelah kiri.
    "Kami bantah!!!"jerit kumpulan di sebelah kanan.
      Tiba-tiba dalam tempik sorak itu, meriam air dari kereta perisai
     polis memuntahkan pelurunya. Nampak air berwarna kekuningan mendesah
     bercabang-cabang, menyembur kumpulan yang hendak mara merempuh benteng
     anggota polis antirusuhan itu.

Mengapa tunjuk perasaan itu berlaku? Apa sebenarnya yang dibantah oleh mereka?
"Daerah Beta" bukan sebarang daerah, ia daerah yang menentukan hidup mati,
maruah dan harga diri rakyat yang bertarung dengan kerenah penguasa dan birokrat
atas nama pemodenan dan pembangunan.