|
Judul : Detektif Indigo Kembali Pengarang : Faisal Tehrani Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd Genre : Novel Remaja Mukasurat :224 halaman Cetakan Pertama : 2008 ISBN : 9789833991495
Mereka dianugerah deria dan IQ yang luar biasa. Chen-Chung si hafiz, Faruq si serba tahu, Mihrimah Maryam si pakar sains forensik, Ruzbihan si bersin dengan deria bau yang tajam, Rabiah zaitun si ahli kimia dan Isamu pula si entomologis yang istimewa. Enam sahabat ini sedang mendalami ilmu-ilmu penyiasatan di Maktab Rendah Remaja Indigo. Mereka kenal sebagai kumpulan Detektif Indigo.
Kes penculikan prof. Aslan, Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dan kehilangan Dr. Recep Gul, pengasas Akademi Indigo menjadi ancaman kepada keutuhan dan perpaduan dunia Islam sejagat. Kumpulan Detektif Indigo dipanggil untuk menyiasat. Keupayaan mereka dicabar. Mampukah mereka merungkai misteri yang ada sebelum terlambat?
|