|
Judul : Ensiklopedia Bahasa Melayu Penyusun : Asmah Haji Omar Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka Genre : Ensiklopedia Mukasurat : 300 halaman Cetakan Pertama : 2008 ISBN : 9789836293213
Ensiklopedia Bahasa Melayu merintis pembaharuan dalam penerbitan ensiklopedia.
Ensiklopedia ini disusun mengikut tajuk, dan setiap tajuknya meliputi setiap aspek bahasa Melayu dan aspek-aspek berkaitan.
1. Sejarah bahasa Melayu 2. Penyebaran bahasa Melayu 3. Bahasa Melayu pada batu bersurat di Sumatera Selatan dan Terengganu 4. Bahasa Melayu dalam manuskrip 'Aqa 'id Al-Nasafi 5. Bahasa Melayu dalam warkah lama 6. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, bahasa pengantar dalam pendidikan 7. Perancangan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, dan perancangan korpus bahasa Melayu 8. Variasi sosial, variasi nasional, variasi kawasan 9. Sistem tulisan Jawi dan Rumi, sistem ejaan Jawi dan Rumi 10. Fonetik dan fonologi 11. Nahu, morfologi, sintaksis 12. Intonasi dan tanda baca 13. Peminjaman kata 14. Bahasa kiasan, peribahasa, teka-teki 15. Bahasa Melayu dalam karya sastera tradisional dan moden, bahasa humor, bahasa filem 16. Ragam bahasa, percampuran bahasa 17. Perkamusan Melayu 18. Leksikon, struktur leksikal, etimologi.
Ensiklopedia ini ditulis dengan mudah supaya difahami pembaca daripada pelbagai latar pendidikan. Ensiklopedia ini dihiasi dengan peta, gambar, rajah, jadual, garis waktu, sketsa, kartun, petak maklumat, dan contoh-contoh yang dipetik daripada pelbagai sumber supaya pembaca tertarik untuk membaca dan merujuknya selalu.
|