0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> ITBM

Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya

Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya
Judul : Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya
Harga :
RM25.00
Nombor siri : 4731131
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Ibnu Khaldun : Riwayat Hidup dan Karyanya
Pengarang : Mohammad Abdullah Enan
Penerbit : Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
Genre : Esei
Mukasurat : 140 halaman
Cetakan Pertama : 2012
ISBN : 9789830687834



RIWAYAT HIDUP & KARYANYA

Ibnu Khaldun, Abu Zayd 'Abd al-Rahman ibni Muhammad ibni Khaldun al-Hadrami (1332-1406) ialah ahli penulisan sejarah dan ahli sejarah Arab abad ke-14. Beliau dinobatkan sebagai pengasas kajian penulisan sejarah moden, sosiologi dan ekonomi. Beliau hidup dalam salah satu abad yang paling bergelora dan berdasarkan pengalamannya, beliau "telah melakar satu falsafah sejarah terbaik yang tidak syak lagi dihasilkan oleh seorang yang sangat pintar".

Buku ini menceritakan pergolakan hidup Ibnu Khaldun, kesan daripada persaingan politik kontemporari yang mempengaruhi kerjayanya. Dalam tempoh bergelora inilah beliau berpeluang menulis Muqaddimah (atau Prolegomena), jilid pertama tentang sejarah dunianya yang telah menambat hati kalangan ahli sejarah, ahli sosiologi dan ahli falsafah.

Dunia Islam sedang melalui zaman kemelut yang serupa dengan zaman Ibnu Khaldun; buku kecil tentang hidup dan karyanya ini diharapkan dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik tentang kesusahan kita sekarang dan kepentingannya bagi dunia kontemporari.

Dalam perjuangan Barat menentang Islam pada masa ini yang juga dikenali sebagai "perang menentang keganasan", dunia dibanjiri buku tentang Islam dan dunia Islam. Kebanyakan buku tersebut diterbit dan dibiayai oleh Barat untuk menentang Islam. Beberapa buah buku yang memberikan gambaran positif tentang Islam tidak sampai kepada pembaca disebabkan harga buku yang begitu mahal, di luar kemampuan pembaca yang mempunyai pendapatan yang sederhana.

Mohammad Abdullah Enan (1896-1986), salah seorang daripada ahli sejarawan kontemporari terkenal dunia Arab, ialah seorang peguam.


KANDUNGAN

Prakata    


KEHIDUPAN IBNU KHALDUN

Bahagian I: Di Afrika Utara dan Andalusia

Bab Satu: Kehidupan Awal Ibnu Khaldun    
Bab Dua: Ibnu Khaldun di Istana Fez
Bab Tiga: Perjalanan ke Andalusia
Bab Empat: Puncak Pengembaraan
Bab Lima: Persaraan dan Karya Kesusasteraan

Bahagian II: Ibnu Khaldun di Mesir

Bab Enam: Pensyarah dan Hakim    
Bab Tujuh: Di Damsyik dan Kem Timur
Bab Lapan: Ibnu Khaldun dan Pemikiran Mesir

KECENDEKIAWAN DAN WARISAN SOSIAL IBNU KHALDUN

Bab Sembilan: Sosiologi Sebagairnana yang Didedahkan oleh Ibnu Khaldun    
Bab Sepuluh: Sains Polidk dan Institusi Beraja sebelum Ibnu Khaldun       
Bab Sebelas: Kitab al-'Ibardan Al-Ta'rif
Bab Dua Belas: Ibnu Khaldun dan Kritikan Moden
Bab Tiga Belas: Ibnu Khaldun dan Machiavelli

Lampiran: Ulasan Bibliografi tentang Karya Sejarah Ibnu Khaldun Kitab al-'ttar

Bibliografi

Indeks