0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Penerbit UKM

Idea-Idea Pendidikan Berkesan Al-Ghazali Dan Konfusius

Idea-Idea Pendidikan Berkesan Al-Ghazali Dan Konfusius
Judul : Idea-Idea Pendidikan Berkesan Al-Ghazali Dan Konfusius
Harga :
RM35.00
Nombor siri : 4141127
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Idea-Idea Pendidikan Berkesan Al-Ghazali Dan Konfusius
Pengarang : Abdul Salam Yussof.
Penerbit : Penerbit UKM
Genre : Umum
Mukasurat : 228 halaman
Cetakan Pertama : 2010
ISBN : 9789679429121



 Buku ini menganalisis tentang persoalan epistemologi daripada dua tokoh. Al-Ghazali dan Konfusius adalah tokoh pemikir besar yang telah banyak memberi sumbangan pemikiran mereka dalam kemajuan ilmu sejak zaman berzaman hingga kini. Pemikiran mereka masih lagi menjadi sumber rujukan untuk menghadapi cabaran zaman kontemporari. Pelbagai idea besar ini tidak pernah terhenti daripada terus berkembang.

 Permasalahan yang dikaji menyentuh soal falsafah ilmu, dan matlamat pendidikan serta metodologi pengajaran, dan pembelajaran yang berkesan sebagai alternatif memperlengkap sistem pendidikan moden yang lebih menekankan teknologi maklumat, dan komunikasi. Para pelajar kini menghadapi krisis spiritual, dan nilai-nilai moral yang kurang menyenangkan banyak pihak dalam masyarakat. Teks utama yang digunakan merupakan hasil tulisan Al-Ghazali iaitu kitab Ihya Ulum Al-Dln dan Lun Yu iaitu himpunan ajaran Konfusius yang dibukukan oleh para pengikut selepas kematiannya. Kekuatan dalaman atau spiritual mesti diutamakan untuk mencapai tahap kecemerlangan para pelajar yang menuntut ilmu.

 Keyakinan, keberanian, dan etika murni mesti ditanam kepada setiap kanak-kanak sejak peringkat awal perkembangan. Kesedaran rohaniah tercapai kematangannya pada peringkat yang terakhir dalam proses pendidikan. Kesedaran rohaniah timbul setelah latihan yang cukup untuk membersih jiwa serta daya fikiran sudah menjadi matang, dan dapat menerima kebenaran rohani. Nilai moral perlu diberikan keutamaan terhadap lain-lain jenis ilmu. Dengan menanamkan nilai-nilai positif, dan nilai-nilai murni, maka seseorang dapat berperanan, dan bertindak dengan lebih rasional, dan objektif menangani masalah yang dihadapi.

 Krisis moral, dan konflik nilai yang boleh memberi kesan buruk kepada kehidupan individu, dan masyarakat dapat dikurangkan sekiranya setiap orang dapat menggunakan akal fikiran dengan lebih rasional, objektif, dan bertimbang rasa. Buku ini penting untuk mendapatkan sumber asli bagi kedua-dua tokoh yang dikaji. Kekuatan hasil penulisan merujuk kepada penonjolan kedua-dua tokoh pemikir dari dua tamadun yang berbeza.

ABDUL SALAM YUSSOF, Ph.D adalah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau adalah tamadun Islam dan tamadun Asia, kemahiran berfikir dan hiburan etnik.


Kandungan

Prakata

BAHAGIAN I IDEA-IDEA PENDIDIKAN AL-GHAZALI
BAB 1    Pengenalan
BAB 2    Al-Ghazali Tokoh Reformasi Ilmu
BAB 3    Ilmu Terpancar dari Jiwa yang Suci
BAB 4    Keajaiban Hubungan Baik Guru dan Murid

BAHAGIAN II IDEA-IDEA PENDIDIKAN KONFUSIUS
BAB 5    Konfusius Guru Agung
BAB 6    Kebijaksanaan dan Budiman
BAB 7    Cinta Mencari Ilmu Sepanjang Hayat

BAHAGIAN III PERBANDINGAN dan SARANAN
BAB 8     Al-Ghazali dan Konfusius