|
Judul : Jahitan Sulaman Mesin Pengarang : Zaliha Ariffin Penerbit : Utusan Publications & Distributors Genre : Fesyen Mukasurat : 119 halaman Cetakan Pertama : 2009 ISBN : 9789676122841
JAHITAN SULAMAN MESIN
Buku ini menyediakan panduan teknik menyulam dengan menggunakan mesin menyulam elektrik. Panduan diberikan untuk memahirkan anda menyulam paten yang dikehendaki. Keunikan sulaman ini adalah kawalan pemidang sulaman menggunakan kemahiran tangan dan kawalan lutut. Di samping itu juga disediakan paten-paten yang menarik untuk anda cuba.
Buku ini disediakan oleh penulis yang berpengalaman luas dalam mereka, menjahit dan mengajar sulaman. Adalah diharapkan buku ini, dapat memberi manfaat yang besar kepada anda untuk memahirkan diri dalam bidang sulaman.
Bagi anda yang berminat menyulam, ini adalah permulaan yang baik untuk anda menjana pendapatan dari rumah dengan kos yang rendah.
KANDUNGAN
Prakata 1. Pengenalan Kepada Mesin Sulaman 2. Bahagian-bahagian Renting Mesin Sulaman 3. Benang untuk Menyulam dan Alatan Menyulam 4. Teknik Melukis 5. Menjahit Sulaman (a) Teknik menjahit sulaman kia (b) Teknik menjahit sulaman satin selaras/selari (c) Teknik menjahit sulaman satin penguasaan lutut (d) Teknik menyulam motif daun (e) Teknik menyulam motif bunga (f) Teknik menyulam hiasan (g)Penghasilan projek 6. Teknik Menyulam Motif dengan Hiasan Manik 7. Teknik Sulaman Tampalan 8. Teknik Menjahit Sulam Timbul
Biodata
|