|
Judul : Kapal Kertas dan Lautan Api Pengarang : Siti Zaleha Hashim Penerbit : Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Genre : Kumpulan Puisi Mukasurat : 121 halaman Cetakan Pertama : 2012 ISBN : 9789830688930
Kapal Kertas dan Lautan Api ialah kumpulan puisi ketiga hasil karya Siti Zaleha M. Hashim selepas Camar di Cangkir Bumi (1999) dan Kristal di Laut Bulan (2006). Kumpulan puisi ini melambangkan kegigihan seorang penyair yang tidak pernah berhenti menyaring pengalaman dan mengungkapkannya dalam kata-kata yang amat puitis lagi lembut. Namun ia tetap memberikan kesan mendalam kepada pembaca melalui falsafah yang dikemukakan.
Segala yang dipaparkan ini bukan hanya berlatarkan di sekitar lingkungan dirinya sendiri, tetapi lebih bersifat sejagat tanpa lupa mengetengahkan perihal budaya bangsanya. Daya kreativiti dan sensitiviti Siti Zaleha mengagumkan kerana mampu mengindahkan segala isu luar dan dalam negara dengan harmonis dalam puisi-puisinya. Keindahan metafora yang digunakan meninggalkan kesan rasa dan makna kepada pembaca kerana dipadukan dengan nilai seni dan keindahan.
Begitulah Siti Zaleha melihat kehidupan dengan mata yang peka dan tajam. Menghayati puisi-puisi beliau membawa kita mengenal diri dan makna kemanusiaan.
KANDUNGAN
Tasik Dal dan Aku Penjual Bunga Kashmir Rasa Merdeka di Bumi Sejarah Ketukan Bagai Bulan Rindukan Pungguk Apa Khabar Selat Melaka Api Bahasa Kapal Kertas dan Lautan Api Pintu Putih Hitam Kita Bersaudara Mentari dl Pinggir Galaksi Darah Melayu Bahasa Empat Belas Kilau (1691965) Orang KL Seorang Ibu Pesannya Berpanjangan Kata-kata yang Hilang Teater Ada Sesusun Pantun Kitab Bahasa yang Terbuka Hanya Satu Duri dan Kuasa Mistik Misteri yang Terkunci Terlerai Tujuh Sahara Dengarkan Suara Saudagar Mimpi 6.3 Skala Ritcher Laksana Taman dan Pulau Carilah Alif Menunggu Kupu-kupu Milik Alam Tun Seri Lanang, Mengapa Tiada Cetera ke Tiga Puluh Tiga Saddam Itu Pohon Perkasa dan Seekor Serangga Taman Paling Indah Paling Harum Untukmu Permintaan Puteri Darul Takzim Wanita Merentas 50 Tahun Merdeka Cahaya Bulan Kota Bernama Berkat Pohon Ekonomi Ini Wau Setiap Kali Kau di Sisi Magma & Phoenix Wanita Berbaju Ceongsam Tupai yang Longlai Warna Asli Hitam Payung Alam Meminjam Mimpi Ibu Memanggilmu Mengangkasakan Bahasa . Jalan Lain ke Destinasi Rindu Si Cantik Itu Kotak Lembayung Dakwat Selamat Tidur Inilah Tamanku Hilang daripada Peta Akar Pohon Diri Lelaki yang Bertopeng Apabila Bulan Mengambang Kupu-kupu yang Asyik Dan ... Dan ... Dan... Pluto di Jalur Kuaiper Hati Nota yang Terpadam Mereka yang Terkutuk Pesanan Si Batu Kecil Kupu-kupu dan Tarantula Bersandar Kayangan Biru Peluncur Ombak Kemboja Putih Sahabat Alam Tanjung Rhu dan Pengembara Berdiri di Pantai Laut Andaman Kasih Pandan Penawar Luka Purba Seniman Mahsuri, Puteri Langkawi Sekuntum Susun Kelapa Lagu Cintaku Ayat-ayat Pencipta Salam Batu-batu Kecil Luka Purba Kapal-kapal Berlayar Hujan & Luka Pesawat Telah Terbang Bunga Piramid Merah Khabar dari Piramid Lelaki di Kerusi Itu Maha Bijaksana Jernih Tali Harimau Muda Detik Luar Biasa Siapa yang Sembunyi Dia Dermaga Tanamlah Sirih Kita Keluarga Ramzan Memacu Waktu Biar Aku Hitung Sayap-sayap yang I'ercedera Tanpa Pusara Apabila November Tiba Pohon Kosong Jati Muatan Menyusun Sirih
Kapal Kertas dan Lautan Api
Jangan kauminta aku menulis lagi kisah kapal kertas belayar di lautan api yang hanya muncul dalam ilusi, sedangkan dunia global adalah realiri yang perlu kita hadapi penuh berani. Ada orang yang menangis kerana terlalu suka dan ada orang suka kerana ada yang menangis. Ada orang yang jatuh dari tempat yang tinggi dan dikeji. Ada orang di tempat yang tinggi menjatuhkan martabat bangsa dan dipuja. Ada teropong besar memerhatikan Selat Melaka dan Selat Melaka menutup sebuah hasrat dan muslihat. Ada teraju bumi merdeka yang diikat tangannya. Ada tangan tersembunyi membebaskan dendam yang terpendam. Begitu banyak berita dan derita.
Usahlah kauminta lagi aku bercerita tentang kapal kertas dan lautan api. Sudah kubungkus, kubiar hangus kata-kata yang kehilangan makna. Aku telah didewasakan masa dan dibesarkan oleh pengalaman yang mengajar, mimpi, biar tinggal di alam tnimpi bersama usia remaja. Hari ini kita harus melangkah ke alam sedar yang benar. Jangan kauminta aku menulis lagi kisah kapal kertas yang belayar di lautan api. Begitu banyak hasrat benua yang perlu didengar suaranya. Begitu banyak luka bangsa yang perlu dibalut segera.
2004 Dewan Sastera Julai 2004
|