|
Judul : Kek Istimewa Editor : Halimah Shuib Penerbit : Utusan Publications & Distributors Genre : Masakan Mukasurat : 102 halaman Cetakan Pertama : 2008 ISBN : 978967612169X
Peralatan Menghias kek Jenis Krim dan Cam Menyediakannya Contoh Langkah Menghias Kek
Haruman Kayu Manis Kek Sifon Pandan Kek Sifon Santan KekVanila Kek Kenangan Indah Kek Gembira Kek Kacang Bermadu Kek Span Coklat Kek Koko Mutiara Kasih Kek Biskut Manis Sanggul Perawan Gubahan Jiwa Kek Keju Blueberi Kek Keju Coklat Kek Keju Walnut Kek Keju Yogurt Kek Rambutan Kek Epal Kek Pisang Kuala Lumpur Dara Sepi Kek Kiwi dan Mangga Kek Buah Kukus Kek Epal Kukus Lapis Kopi Kaya Kek Kukus Kencana Kek Gulung Jem Nanas Kek Gulung Buah Pic Kek Strawberi Lapis Kacang Lapis Kastard Lapis Blueberi Dara Manis Kenangan Abadi Kek 3 Dalam 1 Kek Santan Aroma Arabika Kek Badam Berempah Kek Aduh Saleha Kek Kopi Ombak Rindu Kek Anak Desa Rengit Kek Moka Berkacang Kek Krim Putar Kek Halia Alun Si Cornel Kek Coklat Susu Kek Coklat Makmur Kek Buah Hati Rengit Kek Kopi Su
Biodata
Halimah Shuib berdarah kacukan Jawa Ponorogo, dilahirkan pada 1945 di Rengit, Johor. Beliau mula menceburi bidang masakan sejak lebih 45 tahun lalu dan menimba pengalaman di merata tempat di seluruh Malaysia dan Singapura. Pernah rnemenangi beberapa pertandingan memasak di Johor, beliau telah berkhidmat sebagai jurumasak masakan tradisi di Brunei, Singapura, Johor, dan Pahang.
Halimah banyak menyumbangkan resipi untuk majalah tempatan, antaranya Wanita, Saji dan Harmoni. Selain Itu, resipi beliau turut disumbangkan untuk program terbitan stesen televisyen tempatan. Buku pertama beliau berjudul Masakan Tradisi Johor diterbitkan pada tahun 2004 oleh Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
Seorang ibu tunggal yang lebih gemar menggelar dirinya sebagai 'ibu', Halimah pernah memegang gelaran Ratu Cantik Melaka, Muar, Batu Pahat, Rengit, dan Pontian antara tahun 1955 hingga 1961 sebanyak 12 kali. Pada tahun 2006, beliau meneroka suatu bidang baharu bagi dirinya dengan rnenjadi pengacara rancangan Ratu terbitan RTM 1.
Kini Halimah aktif mengusahakan perniagaan makanan kesihatan berasaskan herba menerusi produk Jamu Mak Dara bersama-sama dengan anak beliau, S M Gadaffi S Ali. Bersesuaian dengan itu,beliau turut mengendalikan bengkel kesihatan wanita, di samping bengkel masakan tradisional, kek, roti, dan pastri di seluruh negara.
|