|
Judul : Kembara Sastera Nisah Haron - United Kingdom & Dublin Pengarang : Nisah Haron Penerbit : Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Genre : Travelog Mukasurat : 209 halaman Cetakan Pertama : 2012 ISBN : 9789830688794
(Dengan tandatangan penulis)
* Buku ini diterbitkan dengan saiz 10.25 inci x 7.25 inci dengan cetakan warna-warni.
Benarlah kata pepatah Melayu “Jauh Perjalanan luas pandangan”. Demikianlah kesimpulan yang dapat diberkas melalui pembacaan buku Kembara Sastera Nisah Haron. Nisah Haron, penulis sepenuh masa yang sanggup meninggalkan kerjaya profesionalnya sebagai peguam, kerana kecintaannya dan keyakinannya kepada dunia penulisan, khususnya bidang kesusasteraan, berjaya merakamkan pengalaman pengembaraannya dari United Kingdom ke Dublin yang bertemakan buku dan kesusasteraan.
Buku ini akan membawa pembaca berkongsi rasa bahagia, rasa syukur, dan rasa kepuasan atas kejayaan penulis yang membuat tindakan berani dan nekad untuk mengembara secara solo ke benua yang asing buatnya. Seperti kata Sasterawan Negara A. Samad Said dalam prakatanya, “Nisah, anda sangat berani dan sangat merangsang. Suami dan lima orang anak anda juga sangat berani dan memahami. Bapak kagum!”
Buku ini memberikan pembaca pengalaman kemanusiaan dan keintelektualan tentang kehidupan yang bersifat universal atau sejagat; di mana bumi dipijak di sana langit dijunjung dan di mana-mana ada hitam putih kehidupan yang perlu disaring. Penulis menggunakan sepenuhnya peluang dan ruang daripada pengamatannya untuk dibawa balik dan melahirkan hasil pengamatannya itu dalam bentuk buah fikiran atau idea baharu yang boleh dimanfaatkan di tanah airnya. Terutama yang berkait dengan kebajikan para penulis; agar dihargai dan dikenang jasa mereka sepanjang zaman, biarpun mereka telah tiada lagi di dunia ini. Lantaran itu buku ini amat bermanfaat untuk semua peringkat; dari pemimpin negara hinggalah ke tahap para pelajar.
Lantaran buku ini ditulis oleh seorang penulis kreatif, perlukisan lokasi geografinya melalui kata-kata amat berkesan, hingga jelas terbayang di mata bagaikan pembaca turut berada di tempat yang ceritakannya. Pembaca juga dapat menyelami jiwa penulis riang, duka, getir dan tabah penulis menghadapi cabaran dalam merealisasikan cita-citanya. Sesungguhnya buku ini bukan hanya mengisi kisah kembara tetapi lebih daripada itu, tentang nilai persahabatan, nilai persaudaraan dan motivasi bahawa dalam kehidupan ini pandanglah dengan pandangan yang positif dan bersangka baiklah kepada Allah kerana Allah akan memberi sebagaimana yang hambanya fikir.
Kandungan :
Prakata Pengarah Urusan ITBM Kata Pengantar Sasterawan Negara A. Samad Said Sebermula Prolog – Mustaid Sebuah Persediaan - Cetusan Awal Sebuah Kembara - Persediaan Kembara - Persediaan Penginapan - Kiblat dan Waktu Solat - Kad Kredit, Debit dan Wang Tunai - Persediaan Emosi
Kembara Sastera 1:Singgahan di Schiphol, Amsterdam Kembara Sastera 2:Birmingham – Jejak Pertama di Tanah Inggeris Kembara Sastera 3:Stratford-upon-Avon Meraikan Shakespeare Kembara Sastera 4: - Hay-on-Wye – Kampung Buku Pertama Dunia - Hay-on-Wye – Menjelajah Hay Festival Kembara Sastera 5:Dari Pekan Buku ke Kota Industri Manchester Kembara Sastera 6:Old Trafford, Manchester – Menjual Jenama Kembara Sastera 7:Lake District yang Memukau Kembara Sastera 8:Bermalam di cottage Inggeris, Ambleside Backpackers Kembara Sastera 9:Tasik Windermere, Lake District Kembara Sastera 10:Menjejaki William Wordsworth dan Beatrix Potter Kembara Sastera 11:Dari Lake District ke Kota Sastera Edinburgh Kembara Sastera 12:The Writers Museum, Edinburgh Kembara Sastera 13:Istana Edinburgh dan Cathy, Sahabat Baharu Kembara Sastera 14:Royal Mile, Edinburgh – Muzium Sepanjang Jalan Kembara Sastera 15:Edinburgh – Menjejaki J.K. Rowlings Kembara Sastera 16:Edinburgh Waverly – Stesen Bernuansa Sastera Kembara Sastera 17:Glasgow – Saudara Kembar Edinburgh Kembara Sastera 18:Glasgow – Kota Legasi Charles Rennie Mackintosh Kembara Sastera 19:Dublin Bumi Shamrock Kembara Sastera 20:Malam yang Tenang di Dublin Kembara Sastera 21:Legenda dan Mitos Kota Dublin Kembara Sastera 22:Dublin Writers Museum Kembara Sastera 23:Lagi Tentang Muzium Penulis Irish di Dublin Kembara Sastera 24:James Joyce Centre, Dublin 113 Kembara Sastera 25:Manuskrip Al-Quran di Chester Beatty Library, Dublin Kembara Sastera 26:Dublin dan Muzium Leprechaun yang Aneh Kembara Sastera 27:Cambridge Bandar Ilmu Kembara Sastera 28:Lingkaran Sungai Cam yang banyak jambatan Kembara Sastera 29:Kota London yang Mendebarkan Kembara Sastera 30:Dari Holland Park ke Kensington Gardens, London Kembara Sastera 31:Mencari Istana Buckingham Kembara Sastera 32:Apabila Galeri Lukisan lebih indah daripada Istana Buckingham Kembara Sastera 33:Demonstrasi di Trafalgar Square, London Kembara Sastera 34:84, Charing Cross Road, London Kembara Sastera 35:Cecil Court dan Waterstones Piccadilly Kembara Sastera 36:Dari London ke Coventry, West Midland Kembara Sastera 37:Jejak Kasih di Coventry Kembara Sastera 38:Tile Hill, Istana Warwick dan Legasi Shakespeare Kembara Sastera 39:Warwick Art Centre Kembara Sastera 40:Birmingham – Amsterdam – Kuala Lumpur
Epilog – Mustaid Sebuah Kembara
|