0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Kembara Buku

Kembara Sastera Nisah Haron - United Kingdom & Dublin (Tanpa tandatangan penulis)

Kembara Sastera Nisah Haron - United Kingdom & Dublin (Tanpa tandatangan penulis)
Judul : Kembara Sastera Nisah Haron - United Kingdom & Dublin (Tanpa tandatangan penulis)
Harga :
RM27.00
Nombor siri : 4427116
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Kembara Sastera Nisah Haron - United Kingdom & Dublin
Pengarang : Nisah Haron
Penerbit : Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
Genre : Travelog
Mukasurat : 209 halaman
Cetakan Pertama : 2012
ISBN : 9789830688794

Biasa (Tanpa tandatangan penulis)

* Buku ini diterbitkan dengan saiz 10.25 inci x 7.25 inci dengan cetakan warna-warni.

Benarlah kata pepatah Melayu “Jauh Perjalanan luas pandangan”. Demikianlah kesimpulan yang dapat diberkas melalui pembacaan buku Kembara Sastera Nisah Haron. Nisah Haron, penulis sepenuh masa yang sanggup meninggalkan kerjaya profesionalnya sebagai peguam, kerana kecintaannya dan keyakinannya kepada dunia penulisan, khususnya bidang kesusasteraan, berjaya merakamkan pengalaman pengembaraannya dari United Kingdom ke Dublin yang bertemakan buku dan kesusasteraan.

Buku ini  akan membawa pembaca berkongsi rasa bahagia, rasa syukur, dan rasa kepuasan atas kejayaan penulis yang membuat tindakan berani dan nekad untuk mengembara secara solo ke benua yang asing buatnya. Seperti kata Sasterawan Negara A. Samad Said dalam prakatanya, “Nisah, anda sangat berani dan sangat merangsang. Suami dan lima orang anak anda juga sangat berani dan memahami. Bapak kagum!”

Buku ini memberikan pembaca pengalaman kemanusiaan dan keintelektualan tentang kehidupan yang bersifat universal atau sejagat; di mana bumi dipijak di sana langit dijunjung dan di mana-mana ada hitam putih kehidupan yang perlu disaring. Penulis menggunakan sepenuhnya peluang dan ruang daripada pengamatannya untuk dibawa balik dan melahirkan hasil pengamatannya itu dalam bentuk buah fikiran atau idea baharu yang boleh dimanfaatkan di tanah airnya.  Terutama yang berkait dengan kebajikan para penulis; agar dihargai dan dikenang jasa mereka sepanjang zaman, biarpun mereka telah tiada lagi di dunia ini. Lantaran itu buku ini amat bermanfaat untuk semua peringkat; dari pemimpin negara hinggalah ke tahap para pelajar.

Lantaran buku ini ditulis oleh seorang penulis kreatif, perlukisan lokasi geografinya melalui kata-kata amat berkesan, hingga jelas terbayang di mata bagaikan pembaca turut berada di  tempat yang ceritakannya. Pembaca juga  dapat menyelami jiwa penulis riang, duka, getir dan tabah penulis menghadapi cabaran dalam merealisasikan cita-citanya. Sesungguhnya buku ini bukan hanya mengisi kisah kembara tetapi lebih daripada itu, tentang nilai persahabatan, nilai persaudaraan dan  motivasi bahawa dalam kehidupan ini pandanglah dengan pandangan yang positif  dan bersangka baiklah kepada Allah kerana Allah akan memberi sebagaimana yang hambanya fikir.


Kandungan :

Prakata Pengarah Urusan ITBM
Kata Pengantar Sasterawan Negara A. Samad Said
Sebermula
Prolog – Mustaid Sebuah Persediaan
- Cetusan Awal Sebuah Kembara
- Persediaan Kembara
- Persediaan Penginapan
- Kiblat dan Waktu Solat
- Kad Kredit, Debit dan Wang Tunai
- Persediaan Emosi

Kembara Sastera 1:Singgahan di Schiphol, Amsterdam
Kembara Sastera 2:Birmingham – Jejak Pertama di Tanah Inggeris
Kembara Sastera 3:Stratford-upon-Avon Meraikan Shakespeare
Kembara Sastera 4:
- Hay-on-Wye – Kampung Buku Pertama Dunia
- Hay-on-Wye – Menjelajah Hay Festival
Kembara Sastera 5:Dari Pekan Buku ke Kota Industri Manchester
Kembara Sastera 6:Old Trafford, Manchester – Menjual Jenama
Kembara Sastera 7:Lake District yang Memukau
Kembara Sastera 8:Bermalam di cottage Inggeris, Ambleside Backpackers
Kembara Sastera 9:Tasik Windermere, Lake District
Kembara Sastera 10:Menjejaki William Wordsworth dan Beatrix Potter
Kembara Sastera 11:Dari Lake District ke Kota Sastera Edinburgh
Kembara Sastera 12:The Writers Museum, Edinburgh
Kembara Sastera 13:Istana Edinburgh dan Cathy, Sahabat Baharu
Kembara Sastera 14:Royal Mile, Edinburgh – Muzium Sepanjang Jalan
Kembara Sastera 15:Edinburgh – Menjejaki J.K. Rowlings
Kembara Sastera 16:Edinburgh Waverly – Stesen Bernuansa Sastera
Kembara Sastera 17:Glasgow – Saudara Kembar Edinburgh
Kembara Sastera 18:Glasgow – Kota Legasi Charles Rennie Mackintosh
Kembara Sastera 19:Dublin Bumi Shamrock
Kembara Sastera 20:Malam yang Tenang di Dublin
Kembara Sastera 21:Legenda dan Mitos Kota Dublin
Kembara Sastera 22:Dublin Writers Museum
Kembara Sastera 23:Lagi Tentang Muzium Penulis Irish di Dublin
Kembara Sastera 24:James Joyce Centre, Dublin 113
Kembara Sastera 25:Manuskrip Al-Quran di Chester Beatty Library, Dublin
Kembara Sastera 26:Dublin dan Muzium Leprechaun yang Aneh
Kembara Sastera 27:Cambridge Bandar Ilmu
Kembara Sastera 28:Lingkaran Sungai Cam yang banyak jambatan
Kembara Sastera 29:Kota London yang Mendebarkan
Kembara Sastera 30:Dari Holland Park ke Kensington Gardens, London
Kembara Sastera 31:Mencari Istana Buckingham
Kembara Sastera 32:Apabila Galeri Lukisan lebih indah daripada Istana Buckingham
Kembara Sastera 33:Demonstrasi di Trafalgar Square, London
Kembara Sastera 34:84, Charing Cross Road, London
Kembara Sastera 35:Cecil Court dan Waterstones Piccadilly
Kembara Sastera 36:Dari London ke Coventry, West Midland
Kembara Sastera 37:Jejak Kasih di Coventry
Kembara Sastera 38:Tile Hill, Istana Warwick dan Legasi Shakespeare
Kembara Sastera 39:Warwick Art Centre
Kembara Sastera 40:Birmingham – Amsterdam – Kuala Lumpur

Epilog – Mustaid Sebuah Kembara