|
Judul : Ketika Cinta Bertasbih 2 Pengarang : Habiburrahman El Shirazy Penerbit : Al-Risalah Product Sdn Bhd Genre : Novel Mukasurat : 664 halaman Cetakan Pertama: 2008 ISBN : 9789832672609
Sinopsis :
Novel ini seolah menjadi titik cahaya di tengah keraguan anak muda untuk teguh memegang prinsip-prinsip Islami dalam kehidupan mereka. Dengan bahasa yang lembut dan memikat, penulis mengajak kita semua untuk banyak merenung kembali betapa indahnya hidup dalam naungan Al-Quran
Dr. Faizah Ali Sibromalisi, M.A Doktor Sakit Puan, Graduan Universiti Al-Azhar, Cairo Pensyarah Pasca Sarjana UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta
Jika anda ingin membaca novel cinta berliku yang bermotivasi dan mendidik, inilah novelnya, Ketika Cinta Bertasbih 2. Novel yang baik dan sangat menyentuh jiwa. Saya mengesyorkan novel ini sebagai salah satu rujukan pendidikan sastera yang harus dibaca oleh generasi muda.
Uswatun Hasana, S. Ph.D. Guru Sasttera dan Bahasa Indonesia, SMAN 1 Salatiga
Ini adalah novel cinta sekaligus novel dakwah yang mencerdaskan minda dan penuh hikmah. Sangat membanggakan bahawa dwilogi Ketika Cinta Bertasbih 2 ini lahir jari jemari emas sasterawan muda Indonesia yang begitu mencintai bangsa dan agamanya! Strong recommended untuk dihargai!
M. Junaidi, S.H., M.A Pensyarah STRIKES Aisyiyah Surakata
Inilah novel motivasi yang mencerahkan minda. Luar biasa! Isinya saya rasakan begitu kuat untuk memberi motivasi kepada pembacanya untuk hidup berdikari, tidak menyerah kalah dan terrus maju meraih anugerah Allah
Sarwedi Hasibuan Mahasiswa Program Pascasarjana Universiti Malaya, Kuala Lumpur
|