0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Biografi

Kuasa Kata

Kuasa Kata
Judul : Kuasa Kata
Harga :
RM40.00
Nombor siri : 1212134
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Kuasa Kata: Dari Lisan Mengalir ke Lautan Aksara
Pengarang : Mahaya Mohd. Yassin
Penerbit : Mahaya Mohd Yassin
Genre : Memoir
Mukasurat : 284 halaman
Cetakan Pertama : 2012
ISBN : 9789671104507

(Kulit Nipis)

KUASA KATA: dari lisan mengalir ke lautan aksara

Perkongsian pengalaman manis & mengesankan, mengujakan & menggugah fikiran; kaedah pendidikan umum khasnya hal bahasa dan sastera dalam kalangan anak-anak di rumah, di sekolah rendah, di sekolah menengah, di institusi perguruan, dalam kalangan penulis dan kepimpinan badan penulis serta sebagai ahli masyarat yang prihatin dan peka.

MAHAYA MOHD YASSIN, penulis juga pendidik - dikenderainya kedua-dua sekali, lisan dan kalam. Terlalu akrab dua bidan gitu menyatu dalam dirinya, sehingga sukar mengidentifkasikan yang satukah lebih mendominasi.

34 Tahun (1970 - 2004) berkhidmat sebagai pendidik bahasa dan sastera Melayu, beliau bermula sebagai guru sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah dan berakhir sebagai Pensyarah Cemerlang di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Karyanya mula-mula tersiar dalam edia arus perdana ketika usanya belasan tahun. Hari ini, beliau terus menyumbang kepada ibu pertiwi menerusi pelbagai jawatankuasa yang dianggotainya, bengkel dan ceramah, slot di radio serta karya multigenre.

Memoir ini bukan bermaksud merakamkan renkuhan zaman yang digulati semata-mata tetapi yang lebih utama, menyodorkan iktibar dan ilmu daripada pengalaman yang dijuraikan. Pengisian berupa kaedah dan teknik pendidikan bahasa, sastera dan sahsiah dapat dimanfaatkan oleh golongan pendidik, ibu bapa dan pelajar; manakala kisah perjuangan dengan mata pena dan persatuan amat bermanfaat buat para karyawan dan calon penulis. Disiratkan juga formula keteguhan cinta, sebagai buah daripada perimbangan kasih dan kasihan - rahsia yang elok diketahui oleh sesiapa jua.

Moga memoir ini memancarkan inspirasi kepada khalayak tentang nyalaan semangat yang tidak pernah surut-surut dalam hal kecintaan terhadap bahasa dan sastera, yang merupakan tunjang kepada budaya bangsa, walau di mana-mana.

KANDUNGAN

Senarai Kependekan
Catatan Editor
Pendahuluan

1. LIMPAHAN KASIH SAYANG
Rumah Limas Lereng Bukit
Sawah ialah Madrasah, Emak Guru Pertamaku
Membudaya Tabiat
Abah, Personaliti Menara
Lompat Kelas

2. JAUHARI JIWA
Guru-guru yang Penuh Dedikasi
Impian nan Menggunung
Ilham Peneroka
Ujian yang Melanda
Lagi Tabiah Membaca

3. WADAH PERJUANGAN
Tibanya Musim Baharu
Menyinggahi Meja Editor dan Penerbit Radio
Di Sini Berkembang Segala
Jasa Mereka yang Berdedikasi

4. PENGALAMAN BERHARGA
Ghairah Seorang Guru
Menisnya Hari Guru yang Pertama
Mereka nan Sentiasa di Hati
Pembakar Semangat
Mendirikan Rumah Rindu

5. PELUNASAN TANGGUNGJAWAB
Peluang Merona
Keluarga yang Menyatu
Maka Ujian pun Tambah Rimbun
Keghairahan Baharu
Indahnya Impian nan Maujud
Takah Menanjak Lagi
Medan Baharu Lagi
Ratnaku
Pulanglah ke Gagang

6. JUZUK-JUZUK UTAMA
Pangkal nan Tunjang
Bersama-sama Karya Kami Mekar
Latihan yang Amat Berharga
Tawaran di Persimpangan
Mendahulukan Asuhan Budi
Bahasa Asas Segala, Lambang Cendekia
Tibanya Ujian nan Getir
Pilihan Sekolah Anak-anak
Bersabar dan Memperkuat Kesabaran
Pulangnya Mereka ke Kampung Abadi

7. KERJAYA IBADAH
Tempat Jatuh Lagi dikenang
Nilai Tambah
Dugaan Lagi
Akrab dengan Pelajar
Anugerah nan Tidak Terimpikan
Hari Itu Pun Tibalah

8. ARENA TERBUKA
Medan-medan untuk Berbakti
PEN dan Kitaran Sejarah Peribadi
Cakna di Udara
Muhasabah

Rujukan
Latar Belakang Pendidikan & Profesion
Daftar Karya & Pencapaian