|
Judul : Lauk-pauk Pengarang : Koleksi Saji Penerbit : Utusan Publications & Distributions Genre : Resepi Mukasurat : 98 halaman Cetakan Pertama : 2008 ISBN : 9789676121673
Sejak Julai, 1995, majalah Saji akhirnya berjaya melahirkan buku masakan kompilasi pertamanya. Usaha ini pasti tidak akan berjaya dicapai jika tidak ada usaha daripada sidang redaksi Saji terdahulu kami. Koleksi resipi daripada majalah Saji ini setidak-tidaknya dapat dikaryakan dalam bentuk yang lebih baik dan dapat dijadikan bahan bacaan dan rujukan bagi para peminatnya.
Bagi mereka yang gemar ke dapur dan mencuba resipi-resipi baru, teruskan usaha. Sesungguhnya memasak itu adalah satu seni yang begitu indah dan tersendiri bagi mereka yang dapat memahaminya. Memasak dilakukan dengan tujuan untuk dirasa dan dinikmati akan kelazatannya, dan bukan untuk ditatap begitu saja. Memasak yang berbaur dengan seni-seni tersendiri menghasilkan satu sajian yang dapat dinikmati deria rasa dan sekali gus mengenyangkan.
Memasak bukan sekadar mengikuti arahan resipi dan langkah-langkah yang diberikan. Tanpa ilmu dan seni memasak, hasil sajiannya pasti akan berbeza rasanya.Terselindung satu tip ataupun seni yang sukar untuk diperolehi bagi mereka yang hanya memasak berdasarkan resipi semata-mata. Namun untuk memperoleh seni yang dikatakan itu bukanlah mudah. Bukan sebulan, malah bukan setahun. Itulah indahnya seni memasak!
Jadikanlah memasak itu sebagai satu ilmu berseni dan bukan kerana pak turut kepada barisan resipi-resipi yang tercatat di atas sekeping kertas lalu diterjemahkan menjadi satu sajian yang entah apakah rasa di sebaliknya.
Kandungan
Ayam
Ayam Bakar Cara Cina Ayam Daun Kari Ayam Masak Pedas Manis Ayam Masak Kalio Ayam Kari Kapitan Cekur Ayam Ayam Tempra Ayam Kong Ron Ayam Halia Ayam Masak Daun Selasin
Daging
Pincuk Daging Daging Kambing Berkicap Gulai Kawan Daging Pekasam Gulai Kesum Daging Cencang Cendawan Kukur Rusa Masak Cili Hijau Daging Sri Tanjung
Makanan Laut
Sotong Bakar Berempan Sotong Goreng Tomyam Sotong Szechuan Ketam Masak Serai Lengkuas Gulai Ketam Kupang Tumis Halia Rendang Kerang Siput Sedut Masam Manis Lemak Udang Pegaga Raja Udang Tumis Tempoyak Udang Bersalut Telur Ketam Masak Lada Hitam
Ikan
Pecal Ikan Keli Patin Masak Tempoyak Petai Siakap Bumbu Asam Kerapu Rendang Asam Asam Pedas Ikan Pari Asam Rebus Ikan Nanas Pari Berlada Salmon Panggang Bersos Percik Ikan Goreng Berampai
Sayur
Rebung Kerisik Lemak Ikan Masin Nangka Pajeri Epal Hijau Kerabu Pucuk Paku Kerabu Nangka Muda Sayur Sambal Goreng Taw Miew Ikan Masin
|