0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Penerbit UKM

Memoir Mohamed Salleh Lamry

Memoir Mohamed Salleh Lamry
Judul : Memoir Mohamed Salleh Lamry
Harga :
RM35.00
Nombor siri : 4141123
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Memoir Mohamed Salleh Lamry
Penerbit : UKM
Genre : Esei
Mukasurat : 228 halaman
Cetakan Pertama : 2009
ISBN : 9789679428889



    Mohamed Salleh Lamry adalah salah seorang daripada kumpulan guru Melayu terakhri yang dilantik daripada kalangan orang yang berpendidikan sekolah rendah. Beliau menjadi guru dan melepaskan peluang keemasan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atas kehendak keluarga. Menyedari bahawa status guru sekolah Melayu adalah rendah, usaha meninggikan status diri telah dilakukannya hampir sepanjang hayat. Salleh mengambil peperiksaan SRP dan SPM dengan cara belajar sendiri. Kemudian beliau mencari laluan lain menuju ke menara gading iaitu ke UKM dengna mengambil peperiksaan STPM. AKhirnya, beliau ditawarkan menjadi tutor sambil mengambil ijazah Sarjana setelah mendapat ijazah Sarjana Muda.

    Beliau meneruskan kerjayanya : bermula sebagai pensyarah, kemudian Profesor Madya dan berakhir sebagai Sarjana Tamu. Usaha meninggikan status diri hanya berakhir dengan mengambil ijazah Doktor Falsafah. Walaupun tidak berjaya menjadi seorang penulis kreatif, tetapi aktiviti penulisan yang dilakukannya ketika bertugas sebagai guru dan tutor telah memberikannya kelebihan dan kemahiran untuk menulis karya ilmiah.

    Minatnya terhadap politik dapat dipenuhi setelah bekerja di universiti dengan membuat pelbagai kajian tentang politik. Beliau berpengalaman menemuramah beberapa orang tokoh Komunis Melayu seperti Rashid Maidin dan Abdullah C.D. iaitu ketika menjalankan kajian tentang politik kiri yang membawa kepada kelahiran salah satu bukunya yang penting iaitu "Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan". Warna-warni rencah kehidupan, jua pengalamannya dipaparkan dalam memoir ini bersama-sama beberapa kisah lain.


MOHAMAED SALLEH LAMRY, Ph.D adalah mantan Profesor Madya dan Sarjana Tamu di Program Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku lain bersama Penerbit UKM ialah "Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan" (2006).